Friday, January 20, 2012

PAS MEMANG 'PAK TURUT'

Tuduhan bekas Naib Presiden PAS, Dr Hassan Ali bahawa PAS adalah 'PAS Turut' memang benar belaka tidak ada yang benar melainkan benar belaka. PAS memang istiqamah menjadi 'Pak Turut' dari dahulu, kini dan selamanya.

PAS menjadi 'Pak Turut' kepada sesiapa sahaja yang mahu menjadikan Islam sebagai cara hidup dan mendaulatkan Islam dalam segenap kehidupan. PAS tidak sanggup untuk tidak menjadi 'Pak Turut' untuk semua urusan yang diwajibkan Islam dan ditegah Islam.

Sebab itu apa yang diperkatakan oleh Hassan Ali itu memang benar kerana selagi tindakan dan keputusan yang dibuat oleh sesiapa sahaja tidak bercanggah dengan Islam maka ia wajib dituruti.

Tetapi PAS tidak sanggup untuk jadi 'Pak Turut' dalam menjalankan kerja-kerja menindas rakyat, menzalimi rakyat, menolak hukum Allah, menjalankan kerja-kerja maksiat, rasuah, menyalahgunakan kuasa, mengumpulkan kekayaan dengan jalan tidak betul, kronisme, pemborosan, perjuangan bangsa, membakar api perkauman dan sebagainya. - Mutaligat

No comments:

Post a Comment