Friday, January 20, 2012

Exco Agama : UMNO PALING LAYAK JAGA AGAMA

Tiga hari selepas pelantikan exco Selangor dan peralihan portfolio Hal Ehwal Islam oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, akhbar pencacai Umno, Utusan dalam laporan muka depan bertajuk "MB tak percaya PAS" mendakwa Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam yang sebelum ini disandang Datuk Dr Hasan Ali kerana sudah tidak mempercayai parti Islam itu untuk memegang urusan pentadbiran negeri itu.

Jelas sekali semua langkah yang diambil oleh PR tidak betul. Kalau Dr Yunus dilantik memegang Exco Agama mungkin beliau dikatakan tidak layak kerana bukan berpendidikan agama dan tidak setaraf dengan Dr Hassan Ali. Bila Tan Sri Khalid dilantik menggantikan Hassan menjadi Exco Agama mereka mengatakan PAS diketepikan dari jawatan yang sepatutnya dipegang Exco PAS iaitu Portfolio Agama. Memang inilah kerja mereka memporak perandakan perpaduan kerajaan Selangor dan merendah-rendahkan kemampuannya di mata rakyat.

Kita yakin walau sesiapa pun dilantik semuanya tidak layak. Hanya Umno/BN sahaja yang layak dan hebat. Sebab Umno sanggup mengambil duit zakat bagi digunakan untuk buat apa sahaja hatta tidak termasuk dalam asnaf yang layak terima zakat. Kalau orang songlap duit zakat, duit masjid dan surau orang itu layak .......

Tan Sri mempunyai sebab tersendiri untuk memegang portfolio agama yang memang panas dengan isu JAIS, MAIS dan sebagainya.Ia juga memerlukan seseorang yang tegas, dihormati dan berpengalaman. Tidak sekadar hanya pandai bercakap tetapi mestilah berdisiplin dan berani membawa aspirasi Islam.

Apa hak Utusan untuk mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Sebagai sebuah media, kalau hendak mencacai pun mencacailah dengan telus, professional dan amanah. Jangan memfitnah, menipu, membohong dan sebagainya. - Mutaligat

No comments:

Post a Comment