Thursday, November 17, 2011

UKM4: Kini satu di PKR, satu bersama MCA

NONESungguhpun empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dihadapkan ke mahkamah kerana berjuang bersama-sama menentang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), tetapi banyak pihak berasa 'aneh' kerana khususnya dua daripada 'UKM4' - Hilman Idham dan Woon King Chai boleh bekerjasama.

Ini kerana mereka bertugas kepada tuan politik yang berbeza parti - PKR dan MCA, sekalipun masih berkawan rapat.

Hilman adalah pembantu kepada ahli parlimen Gombak dan timbalan presiden PKR Azmin Ali (kiri). Manakala Woon pula bertugas di pejabat timbalan menteri belia dan sukan dan naib presiden MCA Senator Gan Ping Sieu (bawah, kanan).

Ketika diwawancara Malaysiakini, kedua-dua bekas pemimpin persatuan sains politik UKM itu, terus gelak ketika diajukan soalan berkenaan.

"Ini menjadi satu perkara yang banyak orang rasa aneh. Dua-dua kawan rapat tapi bekerja kami (dalam) dua parti politik yang berbeza kerana kami sendiri merupakan advokasi kepada kebebasan bersuara, menyuarakan (dan) membincangkan tentang idea, (tetapi) kami menghormati idea berbeza.

"Tiada masalah ada pemahaman dan pandangan politik yang berbeza. Ini yang mereka katakan politik baru," kata Woon.

Pakai jeans tapi ada idea

NONE
Hilman yang bersetuju dengan pandangan Woon itu, menegaskan soal berkawan dan berpolitik adalah dua perkara yang berbeza dan ia tidak jadi masalah selagi kedua-dua pihak mampu membawa hujah masing-masing bagi membawa perubahan termasuk memansuhkan AUKU.

"Jadi pergilah ke parti politik masing-masing PKR ke, MCA ke, Umno ke, (atau) macam mana pun, tapi soal matlamat, akhirnya jelas dan sama," kata Hilman.

"Pada akhirnya, walaupun pandangan politik berbeza, benda kami inginkan ialah Malaysia yang lebih terbangun masa depan yang lebih baik untuk negara," celah Woon sambil berseloroh menegaskan mereka tidak pernah bergaduh.

Kata Hilman antara sebab mengapa beliau memilih untuk berada dalam PKR kerana merasa "amat malang" rakyat terpaksa bergantung kepada keazaman politik Umno untuk membuat perubahan.

NONEManakala Woon pula tidak menjawab secara langsung sebab mengapa terlibat dengan MCA, sebaliknya menegaskan "perubahan tidak semestinya datang dari satu pihak" dan percaya ia adalah proses yang panjang.

Ditanya mengenai penglibatan mereka dalam politik kampus pada tahun awal pengajian (2008), kedua-dua pelajar berkata pada peringkat awal, masing-masing memang tidak berminat untuk melibatkan diri.

Hilman berkata beliau tidak berminat kerana wujudnya dua kumpulan - pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi - yang mendominasi kampus itu, manakala Woon pula mahu menumpukan kepada komitmen lain.

"(Tetapi) kebetulan waktu itu, kami ada kumpulan diskusi. Kumpulan diskusi kawan-kawan yang saya lihat, sangat aktif dan kritikal membincangkan isu (politik kampus)," katanya.

NONEMereka pakai jeans dan mereka ini bukanlah pemimpin mahasiswa sangat tapi saya lihat mereka ada idea. Jadi saya tertarik dengan diskusi mereka kerana mereka diskusi soal ekonomi, politik soal hegemoni dan sebagainya.

"Jadi saya tawar diri, jika mereka ada hasrat bertanding, saya tawarkan diri sebagai pengurus kempen," katanya yang datang daripada keluarga yang berminat dengan politik.

'Teman wanita pun tak pujuk setahun'

NONESementara Woon menegaskan pandangannya berubah pada tahun kedua pengajiannya setelah terlibat dalam kumpulan diskusi dan menyaksikan tangkapan rakan-rakannya dalam demonstrasi membantah pengundian elektronik di Kementerian Pengajian Tinggi yang menyaksikan beberapa trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menunggu mereka di Putrajaya.

"Apabila saya saya melihat situasi itu, saya tidak boleh tolong, tetapi saya berkata, apa dosa mahasiswa? Apa yang jahat sangat tentang pelajar sampai kena hantar lima hingga enam trak polis kat KPT.

"(Lepas peristiwa itu) Hilman kata macam-macam... jadi saya kata, OK jom bertanding. Itulah kali pertama saya betul-betul terlibat dalam akitivisme kampus," katanya sambil Hilman mencelah beliau memerlukan setahun setengah untuk 'memujuk' Woon terlibat dalam politik kampus.

"Teman wanita saya pun, (saya) tak pujuk setahun setengah," kata Hilman berseloroh disambut ketawa Woon.

NONEKedua-duanya juga masih berhubung dan bertanyakan khabar kepada dua lagi rakan UKM4 - Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Adzha.

"Kita rasa hubungan kita selepas kes UKM4 kita dah jadi macam adik beradik. Kalau kita hubungi pun tanya (macam) adik beradik," katanya. Mkini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular