MUNGKIN ramai yang bersetuju dengan cadangan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi supaya Pengerusi Eksekutif NFC, Dr Mohamad Sallah tampil memberi penjelasan berhubung isu yang melanda dalam projek lembu gemuk yang heboh seharian dua ini. Dr Mohamad Salleh adalah orang terbaik untuk memberi penjelasan.
Kata Abdullah sebagai suami kepada Sharizat Jalil dan orang paling bertanggungjawab mengenai projek bernilai RM250 juta paling sesuai dan berhak untuk memberi penjelasan kerana dia tahu ke mana dan untuk apa duit itu diagihkan. Abdullah juga meminta pihak tertentu bertanya kepada Dr Mohamad Sallah dan tidak menyalahkan Sharizat. Tindakan Abdullah itu sepertti mahu membela Sharizat sahaja.
Sehingga hari ini Dr Mohamad diam membisu. Beberapa pihak lain yang bangun menjawab dan menjelaskan isu itu bagi pihak NFC yang dibangkit oleh Pakatan Rakyat itu tidak menyelesaikan masalah. Malangnya semakin dijelas ia semakin merebak dan mendedah banyak perkara yang disimpan di bawah karpet terselak ke dunia umum.
Misalnya penjelasan dan pembelaan oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia yang tidak ada kuasa, Khairy Jamaluddin mengatakan pembelian kondo bernilai RM9.8 juta adalah untuk pelaburan. Jawaban itu menambahkan lagi keserabutan dan kebingungan. Penjelasan Khairy itu tidak seperti cuba menghuraikan pukat yang berserabut dan kebasahan. Makin dihurai makin serabut dan kehilangan punca.
Orang mempertikaikan jawaban Khairy itu. Apa perlunya beli kondo dengan lembu. Orang tidak percaya lembu akan tidur di kondo, ia jauh lebih pelik dari usaha nak tanam padi atas bumbung di era Sanusi Junid jadi menteri pertanian. Khairy menjawab pembelian kondo bernilai RM9.8 juta itu ialah untuk pelaburan. Jawaban itu merendahkan wibawa Khairy yang sebelum ini mampu mengeluarkan pendapat yang hebat.
Kenapa Dr Mohamad diam membisu? Dan wajarkan beliau menjelaskan. Saya rasa wajar Pengerusi Eksekutif itu tampil membuat penjelasan secara berterus terang. Beliau perlu membentangkan kertas putih mengenai projek berkenaan. Keserabutan minta isterinya harus dilengsaikan.
Dr Mohamad kena bagi tahu siapa yang mencadangkan dan siapa yang menilai kertas prosal projek itu. Siapa yang menganggotai jawatankuas teknikal kemudian memperkaui kepada Menteri Kewangan. Khabarnya peruntukan sebanyak RM450 juta dikeluarkan oleh menteri kewangan. Harus juga dijelaskan berapakah bayaran untuk fee di atas kemurahan menteri kewangan meluluskan peruntukan khas itu?
Menteri Kewangan ketika itu ialah Abdullah Badawi sendiri. Tetapi kita percaya yang bertanggungjawab ialah menteri kewangan ke II, Muhamad Nor Yaacob. Muhammad Nor lah yang akan mengurus dan mengeluarkan wang. Muhammad Nor pula tentu tidak saja-saja mengeluarkan wang berkenaan kalau tidak ada arahan dan desakan dari pihak tetrentu.
Apakah kumpulan dinamakan Tingkat Empat terlibat dalam projek ini? Dr Mohamad kena muncul dan buat penjelasan. Bagi saya cadangan Abdullah itu nampak telus dan jujur, tetapi ada sedikit kebimbangan dengan kejujuran untuk menyelamatkan Sharizat tiba-tiba orang lain pula terbalut dengan getah naangka. Nyanya nanti.
Yang jelasnya walaupun Dr Mohamad akan jelas yang sakit kini ialah Sharizat, sebab Dr Mohamad adalah suaminya. Hendak tidak hendak, suka atau tidak persepsi umum akan mengatakan projek itu Sharizat ada berkepentingan. Sharizat kena melupai kepada projek Rumah Penangih atau Pengemis, sebaliknya mengambil masa menjawab berhubung perkara itu. Cadangan atau desakan agar Sharizat melepaskan jawatan menteri adalah tindakan paling berkesan.
Celakanya di sini bagi Sharizat ialah apabila Noh Omar mendedahkan projek berkenaan milik keluarga Sharizat. Pendedahan Noh itu satu pendedahan yang berani tanpa mempedulikan kawan dan menyeronokkan lawan. Apakah Noh sendiri juga sedang berbelit dengan masalah yang sama, dan penjelasan itu untuk meperlihatkan dia tidak ada apa-apa kepentingan di dalam perniagaaan. Ataupun Noh ingin mengenakan Abdullah Badawi dalam pendedahan itu.
Pertanian adalah perniagaan. Jadi baik di zaman Udin anak Yassin jadi menteri, zaman Mustapa Mohamed jadi menteri, sampai ke zaman Noh Omar, pertanian adalah perniagaan. Maka tidak peliklah kalau peruntukan untuk lembu (pertanian) digunakan untuk beli kondo, kerana pertanian adalah perniagaan. Membeli kondo adalah perniagaan. Dan di era Noh ini sudah pasti perniagaan masih rancak dijalan. Itu projek Ikan Bakar Sekincan cuba selidik dan selelaka apakah ia juga ada kena mengena dengan kementerian pertanian. [wm.kl.9:24 am 16/11/11] MSO
No comments:
Post a Comment