Tuesday, November 15, 2011

PRM tetap bertanding di 3 kerusi PKR

leftist role in independence forum 150911 rohana ariffinParti Rakyat Malaysia (PRM) menegaskan mempunyai hak demokratik untuk bertanding di tiga kerusi yang kini dikuasai PKR dalam pilihan raya umum akan datang; dan sekiranya Pakatan Rakyat menolaknya, itu "masalah mereka".

"Sekiranya pembangkang tidak bersedia berunding, itu masalah mereka," kata Presiden PRM Rohana Ariffin.

Beliau berkata, pembangkang tidak seharusnya menekan "seperti yang dilakukan kerajaan".

Parti itu semalam mengumumkan akan bertanding di Balik Pulau, Selayang dan Petaling Jaya Selatan yang dipegang Yusmadi Yusof, William Leong dan Hee Loy Sian.

Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan, maka pilihan raya umum yang dijangkakan seawal tahun depan akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara kedua-dua parti berkenaan dan BN. Mk

PRM akan bertanding di 3 kawasan yang dimenangi oleh PKR
Sepintas lalu apabila saya membaca berita seperti tajuk ini saya merasakan bahawa ada perkara yang tidak kena dengan pandangan Parti Rakyat Malaysia.

Pertembungan politik kini adalah diantara Barisan Nasional disebelah pihak dan Pakatan Rakyat di pihak yang lain.

Barisan Nasional mempunyai dasar-dasarnya yang bertentangan dengan dasar-dasar yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat dan dasar-dasar inilah yang akan diketemukan kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Parti Rakyat bukanlah the third force didalam arena politik Malaysia, dia adalah sebuah parti yang sangat kecil dan kebanyakan dari anggotanya sudah meninggalkan parti itu samada telah lama menyertai UMNO, PAS dan sebahagian besarnya menyertai Parti Keadilan Rakyat apabila parti itu didalam Kongresnya telah bersetuju membubarkan parti itu untuk bergabung dengan Parti Keadilan Nasional, dan kini ramai dari kalangan bekas pimpinan Parti Rakyat Malaysia menduduki jawatan-jawatan penting didalam Parti Keadilan Rakyat seperti Dr Syed Husin Ali, Dr Lee Boon Chye, Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya, T. Kumar, Syed Hamid Ali, Hassan Karim dan ramai lagi.

Tidak dapat dinafikan bahawa Parti Rakyat Malaysia mempunyai dasarnya sendiri untuknya ketengahkan didalam arena politik tanah air. Setiap parti politik itu ada dasarnya, demikian juga parti-parti yang bergabung didalam Barisan Nasional dan parti-parti yang menganggotai Pakatan Rakyat.

Namun, parti politik yang lohor akan mempertimbangkan dasarnya untuk mencari gabungan nasional yang kukuh dengan melihat dasar-dasar parti gabungan yang besar itu diantaranya yang mana lebih memihak kepada dasar-dasar yang diperjuangkannya.

Tidak semua dasar gabungan itu selaras dengan kehendak satu-satu parti, umpamanya, dasar yang diperjuangkan oleh Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang mengambil dasar multi-racialism sudah tentu tidak selari dengan dasar UMNO, MCA dan MIC yang berlandaskan kepada politik ras, tetapi parti itu tetap bergabung dibawah Barisan Nasional kerana wujud persefahaman dibidang yang mungkin lebih besar yang mendatangkan faedah kepada Gerakan.

Antara PAS dan DAP mempunyai terlalu banyak perbezaan dasar, tetapi ada persamaan dasar untuk menyelematkan Negara ini dari terus menjadi Negara yang diperintah secara "kuku-besi" yang anti-demokratik dapat menggabungkan kedua-dua parti itu kedalam Pakatan Rakyat. Parti Sosialis Malaysia mempunyai dasar yang lebih menonjol dari Parti Rakyat Malaysia untuk memperjuangkan sosialisme di Negara ini. Tetapi tidak menghalang parti itu bernaung di bawah Parti Keadilan Rakyat kerana perjuangan negara yang lebih besar dan memerlukan perpaduan.

Parti Rakyat Malaya berhak untuk mengenengahkan calon-calonnya untuk Pilihanraya Umum dan bertanding sesuka hati di kawasan-kawasan yang dipilihnya. Namun, pejuang-pejuang yang bijak biasanya membuat pilihan yang lebih berprinsip melihatkan kedudukan dan dasar parti-parti gabungan besar yang sedang bertarung.

Adakah dari kacamata PRM bahawa Parti Keadilan Rakyat itu merupakan musuh nombor satu kepada perjuangannya atau memandang bahawa negara ini mesti diselamatkan dari Barisan Nasional?

PRM sewajarnya mencari jalan untuk merapatkan persahabatan dengan parti-parti yang kini sedang berjuang menentang Barisan Nasional melainkan Parti itu sudah menganggap bahawa Barisan Nasional adalah parti yang lebih mendekati ideologi yang diperjuangkan oleh Parti Rakyat. Jika itu menjadi pilihan Parti Rakyat, maka pilihannya untuk meletakkan calon-calonnya menentang calon-calon dari Parti Keadilan Rakyat adalah pilihan yang tepat dan mana-mana parti politik yang bersetuju dengan Barisan Nasional walaupun duduk di luar gabungannya berhak memperkukuhkan kedudukan Barisan Nasional.

PRM mempunyai pilihannya sendiri dan tiada siapa boleh memaksanya untuk membuat pilihan yang dari yang sudah ditetapkan oleh pimpinan parti itu! SLB

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular