Sunday, July 17, 2011

Blogger UMNO hentam IKHLAS bro!!!

Ikhlas ke IKHLAS ni?
Image
IKHLAS ke tak ikhlas

Cara lama – dah la tu....tuntutan Bersih 1.0 Pemuda UMNO tak selesaikan lagi pun. www.umno-reform2.com bukan menolak mereka dari pertubuhan IKHLAS – yang rata-rata diterajui oleh India Muslim untuk menyediakan khidmat guaman percuma bagi peniaga Masjid India yang dikatakan rugi puluhan ribu kerana BERSIH 2.0
Benar, mereka boleh bantu untuk ambil tindakan tetapi adakah mereka benar-benar prihatin mengenai masalah peniaga di situ – atau hanya untuk isu 9hb Julai 2011 sahaja. Lihat IKHLAS buka kanopi, dikatakan untuk satu bulan bagi peniaga membuat pendaftaran setelah laporan polis di buat atas kerugian sewaktu demonstrasi BERSIH 2.0.
Namun dalam gambar kelihatan meja dan meja seumpama ini sebenarnya banyak sekali. Mereka adalah peniaga haram – tanpa permit dan kebanyakan adalah warga asing. Mereka berniaga di situ setiap hari dan pada hari Sabtu mereka bagai cendawan tumbuh.
Mereka mencabar peniaga di sana – mereka tidak payah bayar apa-apa – tidak ada kos-kos sosial lain untuk disara – mereka mampu mencabar warga Malaysia yang berniaga – dan menurunkan pendapat peniaga yang berlesen dan membayar. Mereka hari-hari ada dan kalau dikira banyak kerugian yang peniaga kita alami – dah hampir 10 tahun kerana mereka bebas berniaga. Isu ini tidak dapat diselesaikan. Kenapa tidak letak kanopi penguat kuasa selama 1 bulan juga – BERSIH tempat ini dari warga asing yang berniaga tanpa permit dan masuk secara tidak sah.
Kalau betul IKHLAS prihatin mengenai pendapat para peniaga Masjid India – buat secara menyeluruh – banyak lagi yang boleh saya perkatakan mengenai perkara ini – saya juga adalah penasihat Persatuan Peniaga Jalan Melayu, Jalan Masjid India. Kalau nak tolong – tolong secara menyeluruh. Jangan hanya sekadar mendapatkan ruangan politik sahaja. Banyak isu yang boleh kita perjuangan secara kolektif – tapi BERSIH 2.0 – mereka hadir – selepas ini mereka tidak akan kelihatan lagi.
www.umno-reform2.com masih ingat lagi BERSIH 1. Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan ( kalau tidak silap saya) hadir menjanjikan satu tindakan akan diambil ke atas Jawatankuasa BERSIH 1.0, sampai sekarang senyap aje... - umno-reform2 
orang tua  |2011-07-17 10:13:23
Saya biarkan persoalan gerai haram yang ditimbulkan olih Anuar dijawap sendiri olih ahli umno ini yang sewajarnya berada dalam KIMMA dan bukan dalam UMNO.
Soalan pendek saja:
Peniaga rugi?.Apa yang pecah,apa yang musnah,apa yang hancur.
Kalau setakat kedai ditutup sehari dua(itupun angkara "nasihat Polis",bolihkah di iistilah kerugian.
Kedai 7up yang dibuka ,hingga tidak menang tangan jurujual melayan pelanggan mungkin bolih dipanggil olih IKHLAS untuk membantu menjelaskan berapa" kerugian extra"dia pada hari tersebut.
Ada juga peniaga sejenis KIMMA,tapi mungkin darahnya bukan darah KIMMA yang melanggar arahan nasihat Polis.Jangan lupa interview mereka,berapa banyak kopi,teh,gula dan susu yang dipecah untuk habuan pengunjung istimewa 09/07/2011.Tepung gandum terpaksa orders semula untuk minggu berikutnya.
Yang pasti tidak rug,i dalam kes BERSIH 2.0 adalah IKHLAS yang tidak pernah ikhlas.Keuntungan politik cukup besar beb.

Awang Samiun  |2011-07-17 12:43:15
Kantoi! Mana pergi Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan nak ambil tindakan ke atas Jawatankuasa BERSIH 1?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular