Sunday, July 17, 2011

Kita melatah???

Image
 Lama sudah tidak menulis persidangan politik kedai kopi. Seolah-olah macam ahli politik kedai kopi ini telah di tegah untuk menghadiri persidangan. Ala macam kat parlimen dan persidangan DUN tu, rasa tak sesuai aje ..speaker angkat buku baca peraturan – nyah ko dari persidangan. 

Sebenarnya banyak persidangan kedai kopi yang berlaku tapi laporan HANSARD aje yang tidak keluar kerana speaker dewan kedai kopi malas menulis – sibuk bekerja nak cari makan. 

Apa pun politik kedai kopi ini memberi banyak persepsi mengenai pandangan rakyat – pandangan ikhlas mereka yang membuat kesimpulan mengenai isu semasa. Kali ini mengenai revolusi – yang menjurus kepada impak BERSIH 2.0
:: Entah apa-apa entah. Sibuk berhimpun dan membantah. Mereka bukan tahu apa yang di bantah. Ini semua politik. Bikin malu Malaysia aje.
:   Apa yang ko bebelkan. Mereka bantah SPR la. Mereka kata SPR berat sebelah, tidak BERSIH dan menipu.
:: Menipu apa nya. Kata rakyat berhimpun, yang tidak berhimpun itu bukan rakyat ke?
:  Memang la yang berhimpun itu rakyat dan yang tidak berhimpun juga rakyat tetapi rakyat yang tidak berhimpun itu akan melihat betapa rakyat yang bangkit itu amat berani dalam memperjuangkan matlamat mereka. Mereka dah berjaya tunjuk mereka kuat...Perkasa dan Patriot langsung tak dapat menandingi mereka. Apa Pemuda UMNO dah tak de ke. Aku rasa UMNO sendiri sudah meragui sokongan ahlinya kepada UMNO.
:: Najib kata, UMNO juga boleh berhimpun. Kalau mahu di ikut mereka boleh himpun 1 juta orang.
Ye ke, Pemuda UMNO yang berhimpun tak sampai 200 orang pun...mana sejuta. Mereka turut melaung-laungkan supaya ahli Pemuda UMNO hadir tapi ...la ciput aje.
:: Yang lain sedar bahawa itu bukan budaya kita. Kita tidak boleh buat sesuka hati. Berhimpun menyusahkan orang. Tak malu ke bila dunia melihat kita.
Lagi malu kalau dunia lihat SPR kita macam kartun, polis kita gagal menangani perhimpunan malah macam memusuhi rakyat aje...aku nak kata..suka tidak suka kita jangan menjadi musuh rakyat. Kang tegur lebih-lebih kata aku penyokong tegar BERSIH..tapi cara seolah-olah memusuhi rakyat  akan memudaratkan UMNO. UMNO sebenarnya bagi aku kena main dengan PERKASA. Mereka la yang mula mencabar – wah macam pendekar kundur la..tapi sampai “time” Pemuda UMNO yang malu...Pak Menteri lain kali ikur Pak Brahim. Sedar-sedar UMNO kena jual.
:: Ala ko memang pembangkang. Kalau tak pun jiwa pembangkang. Yang ko sokong sangat BERSIH tu apa hal.
Ala aku bukan sokong BERSIH la..aku kata cara menangani BERSIH itu salah. Otak sapa la yang pandai sangat sehingga BERSIH ini cuma satu perhimpunan – menjadi satu perjuangan. Otak yang menasihati kepimpinan kerajaan dan UMNO patut dibekukan dan diletak dalam peti sejuk...bekukan aje...
:: Sudah la...kalau ko, ko nak buat apa....macam pandai sangat..
Kalau aku...apa yang mereka buat tu aku tak buat....kalau aku...yang pertama aku buat ialah tidak melatah...
:: Sudah la....... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular