Cara lama – dah la tu....tuntutan Bersih 1.0 Pemuda UMNO tak selesaikan lagi pun. www.umno-reform2.com bukan menolak mereka dari pertubuhan IKHLAS – yang rata-rata diterajui oleh India Muslim untuk menyediakan khidmat guaman percuma bagi peniaga Masjid India yang dikatakan rugi puluhan ribu kerana BERSIH 2.0
Benar, mereka boleh bantu untuk ambil tindakan tetapi adakah mereka benar-benar prihatin mengenai masalah peniaga di situ – atau hanya untuk isu 9hb Julai 2011 sahaja. Lihat IKHLAS buka kanopi, dikatakan untuk satu bulan bagi peniaga membuat pendaftaran setelah laporan polis di buat atas kerugian sewaktu demonstrasi BERSIH 2.0.
Namun dalam gambar kelihatan meja dan meja seumpama ini sebenarnya banyak sekali. Mereka adalah peniaga haram – tanpa permit dan kebanyakan adalah warga asing. Mereka berniaga di situ setiap hari dan pada hari Sabtu mereka bagai cendawan tumbuh.
Mereka mencabar peniaga di sana – mereka tidak payah bayar apa-apa – tidak ada kos-kos sosial lain untuk disara – mereka mampu mencabar warga Malaysia yang berniaga – dan menurunkan pendapat peniaga yang berlesen dan membayar. Mereka hari-hari ada dan kalau dikira banyak kerugian yang peniaga kita alami – dah hampir 10 tahun kerana mereka bebas berniaga. Isu ini tidak dapat diselesaikan. Kenapa tidak letak kanopi penguat kuasa selama 1 bulan juga – BERSIH tempat ini dari warga asing yang berniaga tanpa permit dan masuk secara tidak sah.
Kalau betul IKHLAS prihatin mengenai pendapat para peniaga Masjid India – buat secara menyeluruh – banyak lagi yang boleh saya perkatakan mengenai perkara ini – saya juga adalah penasihat Persatuan Peniaga Jalan Melayu, Jalan Masjid India. Kalau nak tolong – tolong secara menyeluruh. Jangan hanya sekadar mendapatkan ruangan politik sahaja. Banyak isu yang boleh kita perjuangan secara kolektif – tapi BERSIH 2.0 – mereka hadir – selepas ini mereka tidak akan kelihatan lagi.
www.umno-reform2.com masih ingat lagi BERSIH 1. Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan ( kalau tidak silap saya) hadir menjanjikan satu tindakan akan diambil ke atas Jawatankuasa BERSIH 1.0, sampai sekarang senyap aje... - umno-reform2
|
|
No comments:
Post a Comment