Sunday, July 17, 2011

awang adek buat lawak bodoh!!!!


Beku harta kerana bersih 2.0? Ini kerja bodoh awang adek!

Najib jangan buat kerja ini. Najib, ko tak fikir bahawa tindakan ini tindakan yang bernas bukan? Ko benar-benar tak berfikir sedemikian bukan? Najib, cukuplah tue menggunakan awang adek menyuarakan pandangan ko. Sebenarnya aku tahu apa yang awang adek bodoh piang tue cakapkan, ialah percakapan bagi pihak ko je. Heh

Apa yang orang luar perli ko mengenai bersih 2.0 ialah salah ko sendiri. Melepaskan kemarahan ko kepada mereka [pemimpin bersih 2.0] tidak akan menjadikan situasi ko bertambah baik, sebaliknya ko akan terus dikecam dan dikecam. 

Apakah ko fikir tindakan keras ko terhadap bersih benar-benar akan melumpuhkan bersih dan memamposkan cakap2 tentang bersih 2.0? Ko berada di ambang kesilapan. Ko dengar cakap rakyat macam aku. Pasal aku rakyat dan aku tahu apa rakyat terbanyak mahu.


Benda mudah najib, perkara pertama ko suruh lah menteri bodoh piang awang adek neh berhenti bagi statement merapu. Kalau ada bukti ambiga nak jual negara dan segala bagai bagi bukti dulu. Bukti ada then ko cakap. Bukti takde maka segala cakap2 macam neh tak relevan sebab apa? Sebab ko pemerintah. Dan ko berkuasa untuk cari bukti dan sahihkan kisah neh. Berbeza dengan rakyat marhaen. Rakyat marhaen terpaksa tulis segala bagai spekulasi mereka supaya ko alert dan faham apa pemikiran rakyat terbanyak. 

Kedua, selaku rakyat yang menyertai bersih aku tidak mendapat waima satu sen ketika menyertai perhimpunan neh. Kalau sungguh ada rm200 bak kat sini bagi aku. Aku pun kebetulan tengah sengkek neh. Boleh lah buat lepas apa2 yang patut.

Ketiga, kalau sungguh ambiga memudaratkan negara dan bnm ada bukti kenapa ia tidak ditampilkan sebelum bersih 2.0 berlangsung? Benda mudah. Bukti takde. Itu pasal korang tak boleh tampilkan apa2 bukti. Semetelah, ambiga pakar undang2. Maka lagi lah korang akan fikir 10x nak reka2 bukti untuk kenakan orang.

Aku bukan lah pro ambiga ke apa. Tapi aku kurang senang bila melihat najib dan konco2 menjatuhkan musuh politik dengan cara jijik dan keji. Kalau rasa ko hebat, maka ko tunjukkan kehebatan ko dengan tadbir negara neh betul2. Aku akan respect dan salute ko najib. Yang buat aku protes sekarang ialah aku tak suka cara pemerintahan ko. 

Cara ko neh menyusahkan aku dan menyusahkan rakyat terbanyak. Ko kena faham. Bukan kami yang cari pasal dan suka2 membangkang. Kalau dah begitu bagus dan tenteram nya kehidupan kami buat apa kami bangang2 nak protes segala bagai? Buang masa dowh.

Aku juga tak boleh terima ugutan halus bn kepada pengerusi bersih. Bagi aku dorang mengugut nak membekukan aset pemimpin bersih semata2 nak sekat kebangkitan bersih 3.0 kelak. Sudah tentulah mana2 individu yang nak mengelolakan bersih 3.0 nanti akan berfikir dua tiga kali mana lah tahu kot2 betul ke najib dan konco2 bekukan harta ambiga masa tue. 

Sudah tentulah sedikit sebanyak akan wujud ketakutan juga di kalangan2 pemimpin yang nak mengadakan bersih 3.0. Konon nya cara nak sekat bersih 3.0. Tapi aku rasa lah kan dalam 10 pemimpin pakatan rakyat dan NGOs bersih nak jumpa 1 yang takut kat najib pun susah. Kira sia2 gak akhirnya ugutan halus dorang neh beb.

kah kah kah

Ameno : Bekukan otak ko dulu, bertapa then baru jadi piem ye najib. Lantik awang adek jadi menteri kewangan? Itu antara tindakan bangang..

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/beku-harta-kerana-bersih-20-ini-kerja.html#ixzz1SQukCB00


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular