Monday, July 15, 2013

Panas!! Kisah Menteri Cap Ayam dalam Kabinet Kerajaan Minoriti Cap Ayam..

Jadi, Kalau Tarif Letrik Naik Pakai Pelita? 
Kalau tarif air naik, mandi sungai?
Kalau beras naik, makan meggie?
Kalau harga Daging Lembu naik, Boikot lembu...
Pastu Ikan lak naik..Kita Boikot Ikan lak..
Last2..Kita makan biawak......
Jadi kuasa yang ada pada kementerian nak guna wat per...? Kalau kementerian tak upaya kawal harga, cakap jerlah...... Menteri cakap macam kartun Doraemon!


Saban tahun pak menteri bertukar tangan, Saban tahun jugak duk pantau dan duk cari punca kenaikan harga ayam ... Isu ayam tak selesai jugak...

Bila Menteri Cap Ayam Mahu Selesaikan Isu Ayam...
Setiap kali musim perayaan, rakyat pasti menghadapi masalah kenaikan harga barang-barang keperluan harian. Semua barang menaik harganya. Antara yang tidak pernah terlepas dari mengalami kenaikan harga setiap kali musim perayaan ialah ayam. Meskipun menteri silih berganti tetapi harga ayam tidak pernah dapat diselesaikan seolah-olah peniaga ayam lebih cerdik daripada menteri.

Tahun ini harga ayam naik lagi. Di sesetengah tempat ia mencecah sehingga RM9.00 sekilo. Bagaimanapun bagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hassan Malek, beliau mempunyai cara yang amat mudah untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga ayam ini iaitu dengan mencadangkan supaya rakyat beralih kepada menu lain seperti ikan atau daging bagi mengekang kenaikan harga itu.

Orang Kuala Pilah di mana Hassan Malek menjadi Ahli Parlimen tentunya menjerit membaca berita ini. Gilo apo montori ni...

Nampaknya senang sangat kerja menteri di Malaysia, bila ayam naik disuruhnya makan menu lain walaupun sepatutnya tugas beliau beliau mencari jalan menstabilkan harga ayam di pasaran. Berbagai cara boleh dilakukan seperti menemui pengeluar atau penternak, menambah bekalan melalui pengimportan, melakukan tindakan penguatkuasaan dan seumpamanya. Tetapi semua itu tidak dilakukan, yang disuruhnya rakyat tukar menu makanan.

Lagi pula tindakan beliau memberi pilihan supaya makan ikan atau daging itu juga tidak logik sama-sekali kerana harga ikan sebenarnya lebih mahal daripada ayam. Ikan yang paling biasa menjadi menu rakyat Malaysia iaitu ikan kembung saja sudah berharga RM12.00 hingga RM15.00 sekilo. Belum lagi dikira ikan lain seperti ikan siakap, bawal atau tenggiri yang menjadi santapan orang-orang yang lebih berada.

Nampaknya menteri ini tidak pernah ambil tahu harga pasaran barangan pengguna di pasaran atau barangkali tidak pernah turun ke pasar sebelumi ini. Beliau seperti bercakap ikut sedap mulut saja bila jumpa mikrofon atau kamera tv.

Selain itu, jika ayam mahu ditukar dengan daging pula, kedua-duanya mempunyai khasiat yang berbeza dan dari sudut kesihatan pula, daging putih lebih baik berbanding daging merah. Sebab itulah ayam lebih menjadi pilihan, selain rasanya yang lebih sedap dan kanak-kanak juga lebih menyukai ayam berbanding daging atau ikan.

Sebab itulah ayam menjadi pilihan semua golongan dan bangsa. Dan tugas menteri yang gajinya dibayar melalui cukai rakyat ialah mesti memastikan harga pasaran keperluan rakyat ini sentiasa berada di paras yang stabil dan tidak terlalu membebankan, bukannya mencadangkan rakyat menukar menu makanan.

Kenaikan ayam di musim perayaan orang Islam juga, selain ia menjadi pilihan semua peringkat umur untuk berbuka puasa, ia juga sesuai dibuat rendang ketika Hari Raya untuk dimakan dengan lemang atau ketupat. Walaupun daging boleh juga dibuat rendang tetapi ayam lebih menjadi pilihan kerana ia lebih enak.

Tetapi ikan tidak boleh dibuat rendang. Sudahlah harganya lebih mahal daripada ayam, penggunaannya untuk masakan juga agak terhad. Mungkin jamuan raya Hassan Malek pada tahun ini ada menu rendang Negeri Sembilan ikan kembung agaknya!

Kenyataan Hassan Malek mengenai kenaikan harga ayam ini mendapat ulasan paling banyak di laman-laman sosial di mana rata-rata rakyat tidak setuju dengan pandangan yang diberinya. Memang sesiapa pun akan geleng kepala membaca keyataan separuh masak menteri itu. Beliau bercakap seolah-olah tidak tahu apa-apa mengenai kedudukan harga barang keperluan harian di pasaran sekarang.

Selain itu, ramai juga yang mengecam beliau seolah-olah begitu senang kerja seorang menteri di negara ini. Harga ayam naik disuruh makan ikan atau daging, nanti kalau semua ayam, ikan dan daging naik, disuruhnya pula makan lauk kicap saja. Atau kalau beras naik, mungkin disarankannya makan bubur nasi atau mee maggi saja.

Kenyataan Hassan Malek ini mendedahkan standard beliau sebagai menteri hanya cap ayam saja. Jika begitu senanglah kerja seorang menteri, pastinya lebih ramai daripada 3.2 juta ahli UMNO yang jauh lebih layak daripada beliau.

Sebelum ini seorang lagi menteri, Shahidan Kassim juga memberi jawapan ala-ala cap ayam mengenai kerahsiaan pembekal dakwat kekal untuk SPR. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, nama pembekal itu tidak boleh didedahkan kepada umum kerana jika diketahui nama dan alamat pembekalnya akan menyebabkan rakyat beratur panjang untuk membeli dakwat itu dan akhirnya akan mengganggu perjalanan pilihanraya di negara ini.

Kalau dihalusi, kenyataan itu bukan saja tidak logik, bahkan juga menunjukkan Shahidan tidak kurang cap ayamnya dengan Hassan Malek.

Tolongnya Najib, berilah panduan dan nasihat kepada menteri-menteri agar janganlah mengeluarkan kenyataan atau bercakap seolah-olah mereka itu cap ayam, nanti Perdana Menteri atau kerajaan pun dikata rakyat cap ayam juga. (SH 15/07/2013)

Ahad Julai 14, 2013
Elak Makan Ayam Kalau Harga Naik - Nasihat Dari Menteri "Cap Ayam"
Datuk Hasan Malek KUALA BESUT: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, pada Ahad.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.

"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.

"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya. - mStar

Menteri sudah tukar, isu ayam tetap tak selesai
SHAH ALAM – Kerajaan lebih pantas bertindak dalam menangani kenaikan mendadak harga ayam mentah di pasaran khususnya menjelang musim perayaan termasuklah membenarkan pembekal membawa masuk bekalan ayam dari luar lebih awal.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian ini yang kerap kali berlaku pada musim perayaan menuntut penyelesaian konkrit daripada pihak yang bertanggungjawab.

"Kita sudah tahu bila musim perayaan di sini, kenapa tidak kerajaan mengambil langkah awal, jika khuatir bekalan tak cukup... jangan baru sekarang nak beri permit import bawa bekalan dari luar, sudah tentu pembekal akan mengambil kesempatan menaikkan harga.

"Setiap tahun lebih tiga kali kenaikan harga ayam ini berlaku, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

"Saban tahun jawatan menteri bertukar tangan, namun masalah ini gagal ditangani dengan tuntas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.  SH

Harga ayam di Perlis tidak menentu
14 Julai 2013
KANGAR - Harga ayam bersih di beberapa lokasi di Perlis didapati tidak menentu.

Misalnya harga yang ditawarkan di Pasar Besar Kangar hari ini adalah RM8 sekilogram, lebih rendah berbanding harga ayam segar di Pasar Sehari Behor Lateh dan Pasar Tani Taman Sena yang dijual pada harga RM8.50 sekilogram.

Bagi ayam segar di Abi pula, peniaga meletakkan harga RM7.90 sekilogram manakala di Beseri ia berharga RM7.70 sekilogram.

Bagi peniaga, harga yang ditawarkan itu adalah yang terbaik untuk pelanggan kerana mereka mendapatkan bekalan borong pada harga tinggi sejak lebih seminggu lalu.

Namun bagi seorang pembeli, Narimah Saad, 42, beliau mendakwa sebelum ini beliau boleh membeli ayam kira-kira RM7 sekilogram tetapi kini harganya telah meningkat. SH

Harga ayam, ikan di Terengganu meningkat
KUALA TERENGGANU - Harga ayam dan ikan di negeri ini didapati meningkat pada minggu pertama Ramadan.

Tinjauan Bernama di Pasar Besar Kedai Payang di sini mendapati harga ayam proses standard ialah antara RM8.80 hingga RM9 sekilogram manakala harga ayam bakar dan ayam golek di Bazar Ramadan mencecah RM25 seekor.

Peniaga ayam, Mohd Robby Awang, 32, berkata kenaikan harga ayam kali ini adalah paling tinggi sepanjang 10 tahun dia berniaga di pasar ini.

"Sebelum ni paling mahal pun dalam RM8.50 sahaja tapi kami pun dapat harga yang mahal dari pembekal, jadi terpaksa jual harga RM8.80 sekilogram,"
katanya yang menjual kira-kira 80 ekor ayam setiap hari.

Peniaga ikan, Mazlan Awang berkata harga ikan tenggiri adalah RM35 sekilogram berbanding RM30 pada hari-hari biasa, namun beliau tetap mendapat tempahan ikan itu dari restoran dan kedai makan.

"Ikan selayang sekarang ini RM10 sekilogram berbanding RM8 sebelum ini, ikan kembung RM15 berbanding RM12 sebelum ini manakala sotong berharga RM22 sekilogram berbanding RM20 sebelum ini.

"Harga ikan tongkol dijangka meningkat RM14 sekilogram menjelang Syawal kerana permintaan tinggi untuk dibuat gulai nasi dagang, tambahan pula tidak ramai nelayan turun ke laut ketika itu,"
katanya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dijangka melaksanakan harga siling barangan keperluan termasuk ayam sempena sambutan Aidilfitri pada penghujung Ramadan iaitu awal Ogos. - Bernama

ISU BERKAITAN :

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment