Monday, July 15, 2013

Panas!! Benarkah "Pengasas Al-Mansur Holdings" Dalang Di Sebalik Kegiatan Pungut "Derma Pusat Tahfiz Amal" ! +Video

Kerajaaan Malaysia digesa menyelesaikan segera isu sebuah pusat tahfiz menggunakan kanak-kanak untuk tujuan memungut derma yang kini semakin berleluasa di seluruh negara. Kegiatan tersebut yang dilihat semakin menjadi-jadi, amat jelas sekali merupakan satu penipuan dan eksploitasi  remaja di bawah umur secara berleluasa di negara ini. 

Ramai yang sudah mendedahkan perkara ini sebenarnya. Namun, anehnya hingga kini masih tiada jalan penyelesaian malahan tindakan sewajarnya oleh pihak kerajaan. Kegiatan memungut derma untuk tujuan amal atas nama "Pusat Tahfiz Amal, Yan Kedah" jelas sekali merupakan satu kegiatan yang didalangi oleh tokoh usahawan terkenal sebenarnya. Malah, ada pendedahan mengatakan remaja terbabit sebenarnya bukanlah belajar di pusat tahfiz berkenaan untuk mendalami Al-Quran, sebaliknya mereka siang malam dibawa untuk menjaja produk-produk keluaran syarikat berkenaan. 

Mereka diambil dan dihantar dengan menggunakan kenderaan mewah, bikan sahaja di negeri Kedah malahan kini sudah bertebaran di seluruh negara. Mereka akan dihantar untuk menjalankan tugas di stesen minyak, pasaraya, surau masjid, pasar malam dan sebagainya. Modus operandi yang mereka lakukan ialah mahu memungut derma bagi membantu pusat tahfiz berkenaan. Alasan yang diberikan mereka belajar di situ dan melakukan kerja memungut derma pada hari-hari tertentu sahaja. Walhal, sebahagian besar dari kalangan mereka langsung tidak belajar Al-Quran (menghafaz) sebenarnya. 

Malah, mereka bekerja sepenuh masa menjaja barangan syarikat terbabit atas tujuan pungutan derma. Sudah menjadi lumrah umat Islam di Malaysia ini prihatin dan simpati apabila  remaja di bawah umur  memungut derma, apatah lagi atas nama untuk membangunkan sebuah pusat tahfiz amal itu. 



Maka, kegiatan ini dilihat terus beroperasi seperti biasa walau pun sudah beberapa kali disiarkan di media arus perdana. Soalnya, kenapa operasi mereka ini seolah-olah dipermudahkan?. Kenapa kerajaan gagal menyiasat dan mengambil tindakan. Jangankan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) sendiri, malahan pihak berkuasa agama di negeri Kedah juga dilihat menutup sebelah mata. Sebelum ini ada pendedahan yang dibuat oleh pihak tertentu bahawa kegiatan memungut derma ini sebenarnya didalangi oleh Pengasas Al-Mansur Holdings iaitu YM Tuan Raja Azhar Ibni YM Tuan Raja Wahab iaitu sebuah organisasi yang pernah diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan satu ketika dulu.

Selepas Al-Mansur diharamkan, mereka dipercayai menjalankan modus operandi yang sama untuk mengaut kekayaan dengan alasan "derma amal menggunakan  remaja di bawah umur". Maka itulah idea yang sama digunakan sekarang selepas kegiatan sebelum ini mendapat halangan akhirnya.


Teliti nama di bawah. Cuma buang perkataan 'YM Tuan Raja' dan 'Ibni' daripada nama tertera . Hasilnya?  SM AMIN, atau nama sebenarnya AZHAR WAHAB.


Lihat antara produk dijual oleh remaja Pusat Tahfiz Amal terbabit :-


Orang ramai terutamanya umat Islam menghulurkan sumbangan derma ikhlas kerana mempercayai kata-kata  remaja di bawah umur terbabit bahawa sumbangan adalah untuk takfiz amal berkenaan. Soalnya, apa kaitan produk SM AMIN dengan kegiatan ini. Malah, pendedahan juga dibuat bahawa pengasas syarikat terbabit kini hidup kaya raya dan bermewah-mewah dengan kudrat remaja di bawah umur yang menjadi sumber rezeki mereka. 

Malah difahamkan, Wisman SM AMIN turut mempunya sebuah pejabat urusan yang berdiri megah di Seksyen 26, Shah Alam. Pernahkah pihak berkuasa menyiasat dan memantau perkara ini. Jika tiada kaitan, kenapa produk syarikat berkenaan menjadi salah satu produk jualan amal yang digunakan untuk memungut derma terbabit. Malah, lebih mengejutkan pada botol produk itu tertera "Jualan Amal RM20 je", maknanya mereka yang ikhlas menderma digalakkan memberi RM20 kepada pihak berkenaan. 

Sekarang cuba lihat pula gambar pusat tahfiz amal yang dimaksudkan. Apakah hubungan antara kedua-dua pihak ini sebenarnya. Soalnya, jika benar pusat tahfiz itu memerlukan derma maka kenapa SM Amin tidak terus menyalurkan sumbangan mereka tanpa perlu mempergunakan kanak-kanak dan remaja untuk memungut derma dengan berselindung di sebalik pusat tahfiz?. Maknanya, mereka kaya tapi pusat tahfiz sama sahaja tidak ada perubahan ketara.  

Cuba lihat produk yang ditawarkan adalah keluaran syarikat SM Amin 

Produk madu ini juga adalah keluaran serta edaran syarikat SM Amin 

Sebagai bukti jelas lagi, dibawah ini dipaparkan beberapa gambar yang telah didedahkan sebelum ini. Mungkin masih ramai yang tidak membaca dan memgetahuinya. Maka itulah kami paparkan untuk tatapan semua. Dengan paparan ini, diharap dapat memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa mereka perlu bersama-sama membenteras tindakan pihak berkenaan yang secara jelas telah menyalahgunakan remaja bawah umur untuk tujuan mengaut keuntungan yang cukup "luar biasa" dengan cara yang begitu mudah. 

Justeru, tidak hairanlah remaja terbabit tidak tahu membaca Al-Quran dan tergagap-gagap jika ditanya. Malah mereka akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh orang ramai dengan jawapan yang sama seolah-olah telah diajar berbuat demikian. Di samping menunjukkan muka kasihan, mereka akan datang kepada sesiapa sahaja bagi tujuan memungut derma, walhal ada "dalang"  di sebalik kegiatan tersebut. 



Malah, lebih menyedihkan lagi ialah atas kudrat remaja bawah umur terbabit juga pihak berkenaan boleh bersuka ria dan bergembira memakan hasilnya. Sedangkan remaja terbabit sebenarnya terpaksa bersengkang mata siang dan malam untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Entah bila masa mereka belajar menghafaz Al-Quran dan entah bila masa mereka belajar kerana sepanjang masa tidak kira cuti sekolah atau pun tidak mereka akan dikerah pungut derma. Cuba lihat video ini:-


[Bayangkan, dengan keuntungan hasil titik peluh remaja bawah umur terbabit pengasas syarikat ini boleh boleh bergembira menghasilkan album lagu yang digunakan untuk jualan amal. Apakah amal namanya dengan menyanyi dan diceriakan dengan wanita mendedahkan aurat dan sebagainya?. Jika kita menyumbang bermakna kita membantu bekas pengasas Al-Mansur Holdings untuk terus kaya raya sebenarnya. 

Memang benar, sumbangan ikhlas amatlah wajar. Namun dalam hal ini ialah eksploitasi remaja bawah umur untuk tujuan mengaut keuntungan itu yang tidak wajar dan harus ditentang. Pihak berkuasa digesa mengambil perhatian serius pendedahan ini. Malah, sebelum ini telah banyak pendedahan dibuat oleh pihak yang berkenaan :

 Pusat Tahfiz Amal?Guru Pusat Tahfiz Di TangkapPelajar Kutip DermaPeminta DermaPusat Tahfiz Pergunakan RemajaPaksa Anak Yatim Cari Dana4 Guru Ditahan Jual Nama Anak Yatim Untuk Raih Simpati

Dengan pendedahan yang dibuat, ia sepatutnya memberi ruang yang cukup luas untuk pihak berkuasa membenteras kegiatan ini. Namun, anehnya hingga sekarang operasi mereka masih terus seperti biasa. Apa yang memusykilkan kita, dalam hal ini sebenarnya bukan Pusat Tahfiz yang mempergunakan remaja bawah umur terbabit tetapi syarikat yang telah pun kami dedahkan itu adalah dalangnya. Maka, lakukan tindakan dan semua pihak perlu mengambil iktibar atas apa yang telah didedahkan. 

Sebarkan agar semua pihak dapat memberi kerjasama untuk menyelamatkan remaja-remaja yang terbabit].

Baca Artikel Selanjutnya Di: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/07/eksklusif-benarkah-pengasas-al-mansur.html#ixzz2Z3rukuR9


Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment