Wednesday, July 17, 2013

Panas!! Kes Dhamendran : identiti suspek ke-4 didedahkan..

Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pegawainya yang berpangkat inspektor bagi membantu siasatan kes kematian N Dhamendran dalam lokap polis pada 21 Mei lalu.
Pegawai berkenaan, Hare Krishnan Subramaniam yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur juga dikehendaki kerana tidak hadir bertugas tanpa kebenaran sejak 15 Jun.

Pengumuman itu dibuat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah menerusi satu kenyataan lewat petang tadi.

"Penama juga dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian dalam lokap bersangkut laporan bernombor 18468/13 di Balai Polis Jalan Tun HS Lee," katanya.

Orang ramai dengan maklumat dikehendaki menghubungi Bilik Gerakan JSJ D9 IPK Kuala Lumpur di talian 03-21460685, talian hotline RakanCop iaitu 03-2115999 atau dengan mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 22728 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Hare Krishnan merupakan individu keempat yang masih dicari pasukan tersebut.

Tiga yang lain, seorang berpangkat sarjan dan dua orang berpangkat koperal telahpun didakwa di mahkamah majistret berhubung kes kematian Dhamendran pada awal Jun lalu.

Dhamendran meninggal dunia dalam tahanan polis pada 22 Mei.

Bedah siasat mendapati ia berpunca daripada kecederaan akibat hentakan objek tumpul. mk


Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment