Wednesday, July 17, 2013

Kalimah Allah : UMNO melalak bagi menutup lubang taik mereka...

Menteri Umno jangan ‘bertindak melulu’ seperti Perkasa
Menteri Umno dinasihatkan tidak mengikut jejak langkah badan bukan kerajaan (NGO) kumpulan pendesak Melayu, Perkasa dalam kenyataan keras membantah kenyataan yang dikeluarkan wakil Vatican, kata DAP Sabah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Dr Edwin Bosi menegaskan kenyataan keras yang dikeluarkan oleh menteri-menteri Umno akan mencalarkan imej Malaysia sebagai negara yang mengamalkan kesederhanaan di mata dunia.

"Sehingga hari ini, tiga Menteri Kabinet seperti (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Jamil Khir (Baharom), (Menteri Luar Datuk Seri) Anifah Aman dan (Menteri Belia dan Sukan) Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan keras terhadap Archbishop Joseph Marino, ekoran kenyataannya kepada media.
“Saya mengharapkan, dan menggesa menteri Umno dan ahli politik untuk berhenti mengikut jejak langkah ekstremis seperti Perkasa dan Jati," katanya, yang juga Setiausaha DAP Sabah.

Archbishop Marino sebelum ini mengeluarkan kenyataan pertubuhan Kristian di Malaysia yang menggunakan perkataan "Allah" merujuk kepada Tuhan.

Beliau juga turut dilaporkan menyokong penggunaan kalimah itu walaupun kes itu masih lagi dibicarakan di mahkamah.

Edwin juga menggesa kenyataan-kenyataan ekstremis tidak lagi dikeluarkan kerana ia boleh menggugat "keamanan nasional" dan mengguris hati penganut Kristian Sabah yang sejak sekian lama menggunakan perkataan berkenaan.

"Ia adalah lumrah untuk diplomat Vatican memberikan pendapatnya terhadap isu berkaitan gereja tempatan, ia tidak seharusnya dianggap sebagai mencampuri urusan dalaman Malaysia," kata Edwin, yang juga antara pemimpin terawal dari Sabah mengulas isu berkenaan.

Marino adalah Apostolic Nuncio pertama ke Malaysia, dan menjawat kedudukan berkenaan awal tahun ini.
Isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi perhatian selepas wakil Vatican mengeluarkan kenyataan mengulas berkenaan perkara itu.

Ia kemudiannya menimbulkan reaksi negatif dan bantahan daripada ahli Parlimen Umno yang melihatnya sebagai "mencampuri urusan pentadbiran kerajaan." - TMI

Cuba lihat lampiran ni.... Melalak lah kat Najib!!!


Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment