Monday, July 8, 2013

KDN Mengamuk lagi : Harakah, Suara Keadilan dirampas!!

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 100 naskhah akhbar Suara Keadilan dan 26 naskhah Harakah dalam satu operasi di Kuantan, pagi tadi.

Menurut laporan Bernama, rampasan itu dilakukan di sebuah kiosk di Taman Tas, Batu 3 Jalan Gambang, Jalan Besar dan kedai runcit di Indera Mahkota 2.

Dilaporkan, rampasan itu dilakukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.
KDN rampas lebih 100 naskhah akhbar tabloid

8 Julai 2013

Sebanyak 126 naskhah akhbar tabloid parti politik dirampas dalam satu operasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di empat premis sekitar bandar raya ini. - Foto Bernama

KUANTAN - Sebanyak 126 naskhah akhbar tabloid parti politik dirampas dalam satu operasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di empat premis sekitar bandar raya ini.

Pengarah Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Pahang Azilah Madulan berkata rampasan itu dilakukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 100 naskhah merupakan akhbar Suara Keadilan dan 26 naskhah lagi ialah akhbar Harakah.

"Pemeriksaan dan rampasan dilakukan oleh tujuh anggota bermula 10 pagi tadi di sebuah kiosk di Taman Tas, Batu 3 Jalan Gambang, Jalan Besar dan berakhir di sebuah kedai runcit di Indera Mahkota 2 di sini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kebanyakan peniaga tidak mengetahui penjualan akhbar tabloid itu kepada orang ramai adalah salah kerana tidak mempunyai permit atau kelulusan daripada KDN.

"Bagaimanapun, kami berterima kasih kepada peniaga kerana memberi kerjasama yang amat baik bagi membolehkan operasi berjalan lancar, kita telah menasihatkan supaya peniaga terbabit agar tidak menjual mana-mana penerbitan seperti akhbar tabloid yang tidak mempunyai permit dan kelulusan daripada pihak KDN," katanya. - Bernama

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment