Monday, July 8, 2013

Demo bantah rampasan kuasa di Mesir esok

KUALA LUMPUR: PAS serta NGO Islam akan membuat perhimpunan aman esok bagi membantah rampasan kuasa tentera dan pembunuhan ramai-ramai yang sedang berlaku di Mesir sekarang.




Menurut sumber, himpunan itu akan diadakan jam 12 tengahari esok di pusat membeli belah Ampang Point dan mereka akan berarak menuju ke bangunan kedutaan Mesir selepas itu.


Satu sidang media pula akan diadakan oleh pemimpin PAS dan pemimpin NGO berkenaan di hadapan kedutaan Mesir itu.

Himpunan ini diadakan ekoran rampasan kuasa yang dibuat oleh tentera Mesir dengan menjatuhkan Presiden Mohamad Morsi yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir dalam pilihan raya sebelum ini.

Menurut media Barat termasuk BBC, Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika berada di belakang rampasan kuasa ini.

Ekoran rampasan kuasa ini, jutaan rakyat Mesir berhimpun di seluruh negara itu dan tentera menembak mereka yang enggan bersurai. - Harakah

No comments:

Post a Comment