Saturday, August 4, 2012

Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis BELASAH Rais

Rais orang tua yang tak faham keperluan semasa kata Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis.

Najib dah jadi macam cicak putus ekor

Tengok la apa dah jadi kepada Presiden Umno yang juga PM Malaysia Najib Razak kini. Sejak dua MP Umno-Bn di Sabah lompat keluar daripada BN Najib tak senang duduk.Makan tak lalu tidur tak lena mandi pun dah tak rasa basah.

Pakatan kini berlawan polisi dengan BN - penganalisis

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Dengan pilihan raya yang semakin hampir, Pakatan Rakyat (PR) kini mula mencorakkan permainan mereka dengan menekan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding melalui polisi, berbanding polemik, yang mana melihatkan apa keupayaan dan tawaran kerajaan alternatif berkenaan di bawah pentadbiran mereka, kata penganalisis.

94% tolak tema Merdeka: Poll Malay Mail terus menekan Rais

KUALA LUMPUR 3hb Ogos - Satu pungutan suara Malay Mail untuk meninjau kesukaan pembacanya antara tema Merdeka ‘Janji Ditepati’ dan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ bakal membawa tekanan pada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Friday, August 3, 2012

George Kent bohong dan menghina proses bidaan

Dokumen buktikan George Kent bohong, kata Rafizi Pengarah Strategi PKR 
Rafizi Ramli menyangkal dakwaan syarikat pembinaan George Kent bahawa usahasamanya dengan Lion Pasific tidak pernah gagal penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaannya untuk projek sambungan LRT Ampang.

Mukhriz terlebih perasan bapaknya hebat

Mukhriz terlebih perasan bapaknya hebatMukhriz Mahathir nampak mula meniru gaya dan bermain politik 'anak ayam kesejukan’ untuk mengukuhkan diri seperti mana dilakukan Ha Najib Razak dengan memainkan sentimen ayahnya.

Saham FGVH merudum: Peneroka rugi, tanah tergadai

KUALA LUMPUR 3 Ogos: Harga saham Felda Global Vantures Holdings (FGVH) Berhad terus mencatat penurunan sehingga mencecah RM 5.00 awal pagi semalam. FGVH yang baru disenaraikan pada 28 Jun lalu diapungkan pada harga RM4.55 seunit, dan hanya pernah sekali mencecah RM5.50 pada minggu awal disenaraikan sebelum terus merudum sehingga hari ini.

Noh Omar lebih baik diam!

KUALA LUMPUR 3 Ogos: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar tidak layak bercakap soal penyelewengan kerana terbukti beliau tidak mampu menyelamatkan wang rakyat daripada digunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin Umno dan kroni, kata Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.

Tema Hari Kebangsaan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ Seru Rakyat Bersatu +Video

SHAH ALAM 3 OGOS: Tema Hari Kebangsaan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ yang diumumkan Pakatan Rakyat(PR) merupakan sebuah tema yang mengajak semua rakyat bersatu dalam sebuah negara merdeka. Demikian menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya semalam.

VIDEO - Usaha Mengeluarkan Mayat Dari Perut Buaya!


Buaya merupakan haiwan yang sangat digeruni kerana kemampuannya untuk membunuh manusia dan haiwan.

BALA: MEREKA CUBA RASUAH SAYA LAGI +Video

EKSKLUSIF.....Penyiasat persendirian P Balasubramaniam muncul daripada persembunyian dan membuat satu lagi pendedahan yang menggemparkan bahawa terdapat percubaan kedua untuk merasuahnya ketika dia berada di India, kali ini untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Awatlah bodo sangat depa ni?

Orang kata kalau kita berkawan dengan orang bijak pandai sikit sebanyak kita juga akan menjadi bijak.. begitulah juga jika kita berkawan dengan orang bodoh.. kita juga akan terikut-ikut kebodohannya itu..

"TIDAK PRAKTIKAL" Jika manfaatkan rakyat +Video

Ismail Sabri: Turun harga kereta tak praktikal 
Kerajaan tidak akan mampu menjana pendapatan secukupnya jika duti eksais kereta dihapuskan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Skandal George Kent - LRT Ampang: Suruhanjaya Diraja Menyiasat Salahguna PM +Video

PKR Mahu RCI Ditubuh Siasat Salahguna Kuasa PM 

PETALING JAYA – Pengarah Srategi PKR, Rafizi Ramli mendesak penubuhan satu Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat campur tangan Datuk Seri Najib di dalam penganugerahan kontrak kepada George Kent.

Hanya Umno boleh guna masjid

KUALA LUMPUR: Ketika Umno terus-terusan membuat kenyataan agar jangan menjadikan masjid sebagai gelanggang politik, para pemimpin Umno lah yang membuat aktiviti sedemikian. 

Di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Datuk Idris Abu Bakar berpolitik di dalam Masjid Felda Gedangsa Hulu Selangor (Gambar).

Thursday, August 2, 2012

Alhamdulillah .. Isu Replika Botol Arak di Penang 'selesai'

Arak bukan promosi AidilfitriArak bukan promosi Aidilfitri 
Botol arak dikeluarkan dari struktur pameran, semalam. 

GEORGETOWN - Pihak pengurusan sebuah pusat membeli belah yang didakwa mempromosikan minuman keras sempena sambutan hari raya Aidilfitri mengakui melakukan kesilapan namun ia bukan disengajakan.

Rafizi tubuh NOW bela pemberi maklumat

KUALA LUMPUR: Selepas didakwa di bawah Akta Bafia bersama seorang pemberi maklumat, Rafizi Ramli menubuhkan NGO pemantau pemberi maklumat (National Oversight and Whistleblowers Centre) atau NOW. NGO ini bertujuan untuk menjaga kepentingan pemberi maklumat selepas akta yang ditubuhkan kerajaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowers Protection Act) yang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat.

Replika Botol Arak Terbesar Di Pulau Pinang?

Pusat Bandar George Town (Gambar) Replika Botol Arak Terbesar Di Pulau Pinang Patut Atau Tidak?Satu replika botol arak terbesar telah dibina di Pusat Bandar George Town, Pulau Pinang. Adakah ianya relevan buat masa sekarang? Kami melihat isu ini lebih kepada isu sensitiviti.

NGO-NGO DI SELANGOR YANG SEMAKIN BEBAL

SEKALI lagi NGO's pro Umno buat kerja bodoh apabila mendesak JAIS menghalang sebarang ucapan politik di dalam masjid dan surau di Selangor. Sasaran mereka yang dikatakan sering bercakap soal politik di dalam masjid dan surau itu adalah YB Khalid Samad, YB Dr Siti Mariah dan YB Dr Halimah yang kesemuanya dari PAS. Satu memorandum telah dihantar kepada JAIS untuk menunjukkan kebebalan mereka.

Hasan JATI, Zul Kulim dan Braheng Perkasa kenapa tak bersuara?

'Janji Ditepati' diilhamkan dari lagu kerohanian Kristian Indonesia? 

Melodi lagu “Janji Ditepati” yang dipilih sebagai lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan heboh diperkatakan akan tetapi bukanlah disebabkan perkara positif masa kini.

Wednesday, August 1, 2012

Abby Abadi Bakal Nikah Dis Ni?

Jika benarlah seperti apa yang dituliskan oleh Abby Abadi di twitter miliknya pada sekitar jam 12:21 AM (1 Ogos) adalah satu kenyataan yang bukan berbentuk gurauan ataupun sebagainya. Maka kami ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kerana bakal menjadi Hak milik sah kepada seorang lelaki yang digelar Suami.

Alahai Najib .. Negeri sendiri diabaikan

Penduduk terpaksa menggunakan AIR HANYIR DAN KEKUNINGAN.... Di KAMPUNG SUNGAI PINANG 

LEMBU PUNYA SUSU RAFIZI DAPAT NAMA

LEMBU PUNYA PASAL RAFIZI DAPAT NAMA 

Rafizi Ramli dan Johari Mohamad dibenarkan ikat jamin RM15ribu seorang. Perbicaraan ditetapkan pada 10 September 2012 tetapi tetap di gari walaupun di bantah oleh barisan Peguam!!

Perayaan 31 Ogos ini hanya untuk UMNO sahaja, bukan untuk kita

31 Ogos ini buat pertama kalinya kita akan menyaksikan kemeriahan perayaan ulang tahun kemerdekaan negara ditukar menjadi perayaan ulang tahun Barisan Nasional. Tidak tahu pula saya perayaan yang ke berapa.

RAFIZI DITAHAN POLIS -DIDAKWA DIBAWAH BAFIA


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ditangkap oleh polis pagi ini kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC). 

"Saya kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan akan dibawa ke mahkamah sekarang," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Monday, July 30, 2012

BENAR SUNGGUH KRITIKAN MAT SABU

Saudara Pengarang, 
KIRA-KIRA setahun yang lalu, sewaktu umat Islam di negara kita sedang sibuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) pula sedang enak 'dilanyak' oleh media perdana mengenai isu Mat Indera dan komunis.

lagu Gereja ni sama dengan lagu tema Hari Kemerdekaan ke 55?? +Video

Adakah benar lagu ini telah diciplak dari sebuah lagu ketuhanan yang dinyanyikan oleh penganut Kristian dalam Gereja? Melodinya hampir sama cuma rentak atau temponya telah diperlahankan sedikit dan sudah pasti liriknya telah ditukar.. 

Wilfred Bumburing keluar BN, Sertai Pakatan +Video

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing, hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan menyertai Pakatan Rakyat (PR) melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya hari ini.