Friday, August 3, 2012

"TIDAK PRAKTIKAL" Jika manfaatkan rakyat +Video

Ismail Sabri: Turun harga kereta tak praktikal 
Kerajaan tidak akan mampu menjana pendapatan secukupnya jika duti eksais kereta dihapuskan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Kalau ikut Pakatan semua dia hendak turunkan. Harga kereta dia hendak turun. Harga minyak dia hendak turun. Sedangkan di negeri yang diperintahnya semuanya naik. "Kalau semuanya hendak diturunkan dari mana hendak dapatkan sumber pendapatan negara?" soal Ismail sewaktu ditemui selepas sesi dialog bersama sekumpunan artis di Kuala Lumpur malam tadi. Baca SINI

Isu Harga Kereta - Hangpa nak yang mana.. Sebulan RM600 untuk Proton atau Honda..?? 

PKR: Dasar automatif kami untungkan pemilik kereta 
NONE
Dasar automotif cadangan PKR akan memberi manfaat kepada pemilik kereta sedia ada yang masih membayar ansuran kerana mereka akan mampu memakai kereta lebih baik tetapi tetap membayar jumlah yang sama. 

Bagaimanapun, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kanan) berkata, pemilik kereta akan hanya memperoleh manfaat jika bertukar kepada kereta baru. Ini kerana, dasar automotif yang dicadangkan PKR akan menyebabkan harga kereta terpakai turun ekoran penghapusan duti eksais, tambahnya. 

Untuk menggambarkan perkara itu, Rafizi memberikan contoh seorang yang membayar ansuran RM600 sebulan dan masih berhutang sebanyak RM40,000 dengan bank. Apabila duti eksais dihapuskan, harga kereta tersebut akan jatuh kepada RM25,000 dan sekiranya dijual di pasaran kereta terpakai, pemiliknya akan rugi RM15,000. 

Bagaimanapun, jika pemilik kereta itu menukar kereta dan menaik taraf kepada kereta lebih baik, harga kereta lebih rendah dalam pasaran akan membolehkannya membeli kereta yang lebih baik pada harga RM40,000 dengan ansuran bulanan RM600 yang sama. "Kalau saya, saya sanggup bayar RM600 sebulan untuk kereta Honda berbanding RM600 sebulan untuk Proton Saga," jelasnya kepada Malaysiakini selepas sidang media.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan lima matlamat utama dalam usaha reformasi Dasar Automotif Negara untuk pertimbangan Pakatan Rakyat bagi mendapat satu dasar automotif bersama. 

Bercakap pada sidang media hari ini, beliau menjelaskan matlamat pertama reformasi dasar automatif adalah untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat dalam tempoh lima tahun serta menyemak peraturan dan kadar yang dikenakan Bank bagi pinjaman kereta

Bagi matlamat kedua katanya, bagi menjamin supaya nilai kereta sedia ada dan terpakai tidak jatuh merudum. 

Manakala matlamat-matlamat lain adalah seperti mengimbangi keperluan hasil negara itu pengenalan sistem bidaan permit import (AP) mengikut kategori kenderaan, menjamin kebajikan pekerja-pekerja industri automotif serta mengurangkan jumlah kenderaan persendirian iaitu dengan menjadikan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap di rantau Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun. 

"Tumpuan akan diberikan kepada sistem pengangkutan awam yang tidak menelan belanja yang besar tetapi dibuktiken berkesan. "Ia termasuklah penstrukturan semula KTMB dan juga sistem rangkaian Bas," tambah Ketua Pembangkang itu lagi. 

Anwar yakin kerangka dasar automotif negara yang baru ini adalah permulaan kepada reformasi menyeluruh sistem pengangkutan negara yang bermula dengan keutamaan mengurangkan beban rakyat. Beliau menjelaskan, kerangka dasar automotif yang diutarakan ini akan dilaksanakan seiringan dengan pengangkutan awan yang lebih cekap dengan kadar yang munasabah sepertimana yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat. 

Menurutnya, rakyat Malaysia telah menanggung hutang dan terbeban dengan kos pengangkutan yang berganda sejak sekian lama, maka telah tiba masa untuk menghentikan ketidakadilan ini dengan merombak dasar automotif negara demi rakyat.