Tuesday, February 21, 2012

Isu buku pendidikan seks: Bagaimana dengan mainan isu LIWAT di media massa?

Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) ingin melahirkan pandangan berkenaan isu yang hangat diperkatakan pada masa ini iaitu mengenai buku yang bertajuk "Where Did I Come From" atau "Dari Mana Saya Datang". Kononnya buku tersebut mempunyai kandungan yang melampau dan berbentuk lucah yang didakwa oleh Ketua Biro Aduan Komuniti Pemuda Muhd Khairun Aseh. Oleh yang demikian Pemuda UMNO mahu Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula sebuah buku pendidikan seks kanak-kanak yang diimport harus mempunyai garis panduan tertentu mengenai pengimportan buku-buku asing, serta menyoal bagaimana buku ini boleh melepasinya.

MIPAS ingin bertanya di manakah selama ini jika benar Biro Aduan Komuniti Pemuda benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan pendiriannya. Kenapa kecoh sangat tentang buku Where Did I Come From? Mengapa tidak menegur orang orang yang tidak bertanggungjawab ke atas video klip Anwar Ibrahim serta pendedahan Datuk Trio menayangkan video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim dan sebagainya yang dimuat naik dalam Youtube. Padahal setiap kali disiarkan di media massa, media elektronik serta stesen TV turut menyiarkan berita tersebut mendapat liputan yang hangat dengan publisiti kes liwat dan memberi penerangan lebih terprinci bagaimana ia dilakukan. Ini sebenarnya memberi impak dan kesan mendalam pada kanak-kanak untuk terdedah dengan pengaruh negatif.


Persoalan saya ialah kanak-kanak yang berumur dari linkungan 4-8 tahun sudah memahami apakah itu "LIWAT", dan dari manakah ia mempelajarinya? Semestinya dari pada station TV yang menyiarkan berita-berita berkenaan unsur-unsur seks, maksiat, khalwat dan sebagainya. Jadi di sini siapakah harus dipersalahkan dan siapakah yang bertanggungjawab ?

Sebelum ini ura-ura menyatakan bahawa pendidikan seks akan diajar di sekolah dan ia masih belum diterima sepenuhnya. Saya rasa Kementerian Pelajaran harus mewujudkan modul pendidikan seks di sekolah usaha yang baik, namun sokongan luar juga perlu supaya semua aspek seimbangan, mantap serta beri fokus pada langkah pencegahan demi mempertingkatkan tahap kesedaran seks. (Education of Sex Awareness).
MIPAS menyeru agar ahli politik yang muflis modal politik supaya hentikanlah sandiwara politik yang sempit ini untuk memancing undi pada PilihanRaya Umum KE-13 (PRU-13).

*Kenyataan media oleh S.Barathidasan (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS).

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/isu-buku-pendidikan-seks-bagaimana.html

No comments:

Post a Comment