Tuesday, February 21, 2012

Gempaq!! Harussani Masuk JATI??

Post Pic
Kini Tan Sri Harussani Zakaria "Senada" dengan Hassan Akidah.

Perbuatan Rosakkan Agama, Akidah Umat Islam Semakin Dahsyat - Harussani


SHAH ALAM, 21 FEB : Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyeru masyarakat Melayu yang beragama Islam di negara ini mempertahankan akidah dan tidak membiarkan agama suci ini menjadi bahan ejekan mahupun cacian agama lain.

"Wajib pertahankan akidah daripada serangan atau ejek-ejekan atau diperhinakan.

"Hari ini kita lihat hal ini dibiarkan oleh orang Islam sendiri tetapi tidak dipertahankan.

"Wajib kita pertahan akidah kita," katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis pelancaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jalur Tiga atau singkatannya JATI, di sini, hari ini.

Bercakap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin, Harussani berkata, pada hari ini perbuatan menghina akidah umat Islam begitu dahsyat sekali.

Justeru katanya, adalah menjadi kewajipan kepada umat Melayu Islam di negara ini berdiri teguh dalam mempertahankan akidah daripada terpesong oleh anasir yang tidak sepatutnya.

"Kalau kita bersyahadah, wajib kita pertahankan akidah dan agama.Pertahan akidah, kedua pertahan Raja,"katanya.

"Kerana Rasul berkata Raja itu adalah bayangan Allah yang mempertahankan agama," tambahnya lagi.

Menurut beliau, umat Islam tidak boleh berpisah dengan Instutusi Raja.

"Kita tidak boleh berpisah dengan Raja. Jika dipisahkan, rosaklah kita, musnahlah kita," ujarnya.

Penubuhan JATI berpegang kepada tiga prinsip utama iaitu mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja (IMR).

Walau bagaimanapun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Penubuhan Jati (Protem), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebelum ini, bukan Islam tidak perlu merasa bimbang mahupun tersisih kerana hak bukan Islam tetap terjamin menurut Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Harussani dalam ucapannya yakin penubuhan JATI dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang membelenggu umat Islam di negara ini terutama bersabit isu akidah.

"Hari ini orang cukup berani untuk rosakkan agama. Perbuatan yang menghina akidah Islam,"katanya.

Baru-baru ini negara digemparkan dengan isu pemesongan akidah dan usaha pemurtadan umat Islam di beberapa negeri termasuk Selangor.

Gerakan ini dikatakan menyasarkan golongan muda, malah mereka juga berani menyusup masuk ke hospital-hospital untuk memperdaya para pesakit yang 'sebatang kara' selain mat-mat rempit dan golongan tidak berkemampuan. - Antarapos

Saya pemimpin Islam, saya pandai JAGA AKIDAH..

MENUNGGU "FATWA" MUFTI PERAK, ULAMA MUDA UMNO, MENTERI AGAMA & PENASIHAT AGAMA PERDANA MENTERI

INILAH GAMBAR DI ATAS PENTAS DALAM PROGRAM PERHIMPUNAN RAKYAT BERSAMA PERDANA MENTERI DI NEGERI PERAK

ADAKAH INI BENTUK HIBURAN YANG MESTI DITUNJUKKAN KEPADA RAKYAT SETIAP KALI PM TURUN MELAWAT NEGERI? ADAKAH INI PENGISIAN NILAI BUDAYA DAN AJARAN AGAMA ISLAM YANG DIANUTI OLEH PEMIMPIN UMNO DAN PENGIKUTNYA? APA PULA PEMBELAAN ALFADHIL MUFTI PERAK TENTANG PROGRAM "KEBUDAYAAN RAKYAT" INI? APA PULA KATA ULAMA MUDA UMNO, MENTERI AGAMA UMNO DAN ULAMA2 UMNO... MAKA JADILAH SLOGAN 1MALAYSIA SESAT DAN MENYESATKAN - Bicara Che Wan

Harussani: Nabi anjur pertahan Raja, kaum
Salhan K Ahmad
6:58PM Feb 21, 2012
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menyokong usaha untuk memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam.

Katanya jihad itu diwajibkan ke atas orang Islam, apatah lagi apabila serangan ke atas Islam kini "begitu hebat sehingga ramai di kalangan orang Islam menjadi murtad."

"Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina. Namun hari ini kita lihat agama kita tidak diambil berat oleh orang Islam sendiri, malah ada yang mempertahankan perbuatan itu," katanya lagi.

Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.

"Maka raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

Tambahnya, perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

"Jadi kita pertahankan kerana itu disebut oleh Rasulullah. Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya.

Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak mengenai perjuangan kaum, Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

"Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.

"Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu.

"Salah satu wasiat raja-raja sebelum merdeka ialah selain gunung ganang, sungai atau lubuk-lubuk maka setengah daripada tanah Melayu itu mestilah hak orang Melayu, yang lain itu biarlah berebut sesama kamu," katanya lagi.

Wasiat berkenaan - dokumen yang sering didakwa sebagai asas perjanjian kepada raja-raja Melayu dalam pembentukan Persekutuan Malaysia - turut dinyatakan dalam tayangan video ketika majlis perasmian tersebut. Mkini

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/gempaq-harussani-masuk-jati.html

No comments:

Post a Comment