Saturday, December 31, 2011

Rakyat terus dilembukan:Makan RM1.755 juta ditangkap, makan RM250 juta boleh pi makan angin

Rakyat Malaysia terus dibangangkan, diperbodohkan dan dilembukan oleh si gerombolan yang perintah negara ini .Cuba bayangkan dalam sibuk-sibuk rakyat Malaysia kecoh kes si gembala lembu NFC yang rugikan wang rakyat RM250 juta oleh keluarga Ketua Wanita Umno dalam laporan Ketua Audit Negara 2010, sehingga Ketua Wanita Umno sanggup selak kain kita diperbodohkan dengan tangkapan 'Datuk Kambing Hitam' yang didakwa menipu laki Sharizat Abdul Jalil yang juga Pengerusi NFC sebanyak RM1.755 juta.

Lucu! Bik Mama jadi bahan lawak Afdlin Shauki!

SEBELUM ini dalam episod Maharaja Lawak Mega 2011 yang sudah, Pelawak terkenal tanah air, Afdlin Shauki pernah mencuit hati dengan gaya ala Rosmah Mansor sedang bersenam.

Video DAP sokong PAS jadi Ketua Menteri Melaka

DAP Melaka berikrar menyokong Adun PAS menjadi Ketua Menteri Melaka jika Pakatan Rakyat menang di Melaka pada pilihanraya umum akan datang.

Sokongan terbuka ini membayangkan kepada kita bahawa PR adalah sebuah gabungan yang mantap, telus dan tidak mengamalkan dasar perkauman seperti BN.

MCA makin pudar..

NONETee Keat sertai AMANAH
30, 2011 Melihat iklim politik yang didakwa semakin mengabaikan golongan terpinggir, bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menyertai Angkata Amanah Meredeka (AMANAH), satu pertubuhan yang diasaskan tokoh Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
Ong mengakui bahawa pengaruh politiknya semakin pudar selepas ditewaskan dalam perebutan kerusi presiden MCA pada Mac 2010 dan AMANAH menyediakan ruang untuk beliau menyatakan pandangan.

Perang dingin meletus dalam UMNO: Orang Muhyiddin dituduh rasuah

Perang dingin meletus dalam UMNO: Orang Muhyiddin dituduh rasuah
Kemelut semakin membuak dalam UMNO. Mereka yang kecewa sudah mula meniup whistle terhadap satu sama lain.

Setiausaha sulit kanan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah yang terbaru dituduh terlibat dalam kancah rasuah UMNO- menerima lebih RM100 000 sebulan untuk sumbangan beliau.

Jamil Khir Cakap Tak Serupa Bikin?


Mohon maaf atau kami bawa pada Agong, kata NGO

NGO berkaitan PKR - Jingga 13 - hari ini mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain supaya memohon maaf kerana didakwanya telah "menyalahgunakan" dana zakat.

Mana kes seleweng RM250 juta? Kenapa tangkap ikan bilis? Kenapa jerung terlepas?

‘DATUK’ PULA DIDAKWA TIPU NFC

Pada 26 Disember lalu, The Malaysian Insider melaporkan menurut pihak polis, seorang 'Datuk' dipercayai mempunyai hubungan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC)ditahan atas dakwaan cubaan merasuah [BERITA PENUH] pegawai polis berkaitan kes Skandal NFC dengan wang berjumlah RM1.7 juta.

Rakyat Selangor Dapat Wifi Percuma 2012


KUALA LUMPUR 30 Disember : Bagi mendekatkan lagi agenda kerajaan negeri dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Selangor bakal memperuntukkan jalur lebar (wifi) percuma kepada rakyatnya bermula 2012.

DITANGKAP KERANA EDAR RISALAH

SERAMAI tujuh orang peserta Konvoi AMK Jelajah Kelantan, ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Tanah Merah atas kesalahan di bawah Akta Mesin Cetak.

Friday, December 30, 2011

[PANAS] Harakah Daily Pertahan Berita Hassan Ali Minta Maaf, Kemuka Transkrip dan Video sebagai Bukti

[HD] KUALA LUMPUR, 29 Dis: Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali. Sehubungan itu, kami menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa.

Berikut adalah asas kepada berita berkenaan.

Krisis ekonomi Malaysia 1997-1998 hasil tangan Mahathir Mohamad

Krisis ekonomi Malaysia 1997-1998 hasil tangan Mahathir Mohamad
Dalam akhbar baru-baru ini, Mahathir Mohamad telah menafikan bahawa beliau telah mengambil pinjaman daripada Bank Dunia. Beliau juga sanggup bersumpah dengan Al-Quran untuk membuktikan beliau tidak melakukannya.


Apabila dibentangkan dengan pelbagai bukti berdokumen bahawa Malaysia telahpun mendapatkan beberapa pinjaman daripada Bank Dunia, Mahathir mengatakan bahawa beliau tidak pernah memohon secara persendirian pinjaman tersebut. Beliau tidak juga mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai pinjaman-pinjaman tersebut.

sapa sign bagi lulus untuk roboh Masjid Alor Malai??


Penjelasan Isu Madrasah Salihiah Kanchut - wartakedah.net



Latarbelakang: PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu. Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah. Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.

Jelitawan Malaysia adalah Pemilik Restoran Mewah di Singapura? +Video

Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh
Pemilik restoran MeatWorks (Real Food Company Sdn. Bhd)

Anwar akan dipenjarakan.. Mahathir yg tidak cerdik ??

9 Januari 2012 Tarikh Penentuan.
Kuli, Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974 yang juga Ketua UMNO Bahagian itu menjangkakan Anwar Ibrahim akan dipenjarakan, kerana menurutnya jika Anwar tidak dipenjarakan,UMNO akan habis hancur berkecai dalam PRU13 yang akan datang.

"La nih Anwar menjadi ketakutan kepada Najib. Kuli yakin yang anwar nih akan dipenjarakan. Kalau anwar tak kena penjara alamat lingkoplah umno dalam PRU nanti, komen Kuli. Kuli juga berpendapat Umno akan menerima kekalahan lagi dalam PRU13 nanti kerana orang cina dan india bukannya semakin mendekati BN tetapi semakin jauh lagi adala. Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat.

Thursday, December 29, 2011

PANAS!!! Ahli Politik ditangkap Khalwat, kenapa Tajuk Berbeza??

KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Berita ini diHARAMKAN dalam media Kerajaan UMNO/BN

Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti
Dis 29, 2011 Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia

Dis 29, 2011 Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi ini.

Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin.

Antara dua darjat 1 Malaysia + Video

khir toyo 4 Khir Toyo VS Baharuddin Ahmad. Kenapa Hukuman Jenayah Jadi Berbeza beza Di Malaysia?
Semua orang dah tahu yang bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo telah dihukum atas kesalahan jenayahnya sepanjang menyandang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Tetapi bukan itu persoalan yang cuba dibangkitkan di sini. Tetapi…

(Dokumen Bukti) Bukan kata peruntukan utk lembu, wang zakat pun depa sesah

Mana suara mufti zakat biayai guaman menteri ..
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan memberikan pandangan terhadap isu penggunaan duit zakat untuk tujuan membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Tidak DiPilih Sebagai Menteri Dalam Kabinet, Ketua Pemuda umno DiPilih Menjadi Model Majalah MASKULIN..hahahaha...

Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ di pilih untuk menjadi penghias muka depan majalah MASKULIN bagi isu Januari 2012.

Siapa Khairy Jamaludin. (Bhg 1)

Wartawan politik Yahaya Ismail pernah menulis sebuah buku yang terbaru berjudul 'Khairy Jamaluddin – Bakal PM?' Buku itu mengandungi pelbagai fakta dan ramalan akan masa depan Khairy, tetapi judulnya ternyata satu kesilapan juga. Khairy Jamaludin bukannya seorang bakal Perdana Menteri. Sebenarnya dia sudah menjadi seorang Perdana Menteri bersifat de facto (sebenar).

Adam Adli jelaskan sebab Bendera Najib diturunkannya.. +Video

Kata Adam "Saya ingin memberitahu kepada mereka ini (yang mengugutnya), bukan semua perkara seperti yang kita sangkakan. Ingin saya tegaskan di sini, bukan semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan mesti menjadi alat pembangkang, perlu jadi pencacai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak sama sekali.

MENJELANG PRU 13 - HATI-HATI DENGAN RAJA PETRA

Hati-hati dengan orang ini...
RAJA Petra Kamarudin, Pengendali Malaysia-Today sebelum ini banyak mengulas isu dalaman parti di dalam Pakatan Rakyat. Beliau ada mengulas isu Dr Hassan Ali, kemudiannya mendakwa Parti Keadilan kini dicengkam oleh Anwar - Azmin dan terbaru beliau mengulas isu Nurul Izzah yang ingin mengenepikan Azmin untuk kembali membawa Zaid Ibrahim ke dalam parti. Baca di SINI.

Thursday, December 22, 2011

Isu pinjaman di bank dunia : Akhirnya Dr M mengaku di blog.

Bukan aku cakap. Tapi DR. M yang mengaku sendiri. Baca sendiri statement dia yang aku petik dari blog dia sendiri ;

1. The accusation that I wrote to the World Bank asking for loans is baseless. But Malaysia had been borrowing project loans from the World Bank since 1958.

2. The last negotiations for the loans were made in 1997. These were for projects in:
a) Education sector USD 244 million
b) Social sector USD 60million
c) Technical sector USD100million

Bukti BN Berkempen Melalui Bil TNB [Gambar]

PRU13 memang dah tak lama lagi.sekarang ni BN sudah pun memulakan pelbagai strategi untuk menunjukkan bahawa BN ni prihatin kepada rakyat.

BN nak rakyat tahu walaupun beratus-ratus juta wang rakyat telah di"kebas oleh kroni-kroni mereka.

PANAS !!! Fungsi dakwat kekal sudah bertukar? Ini ialah percubaan main tipu

Apa masalahnya dengan berita di atas? Memang tak berapa nak ada masalah andai tidak diperhatikan betul2. Lihat kat bawah neh betul2 ;
Faham tak apa yang dinyatakan neh? Korang kena faham untuk membayangkan penipuan yang boleh dilakukan jika dakwat kekal digunakan dengan cara begini.

Panas !!! Shahrizat memang dah kena selak. Penat Wanita Umno terjerit-jerit pertahankan Shahrizat (Video DiDalam)

Dalam diam.. Kain Shahrizat diselak lagi oleh KeAdilan, dan apa yang kelihatan pula ialah Keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil Beli Kondominium Mewah Berharga RM9.9 Juta Di Singapura.

Memandangkan UMNO dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan.

Wednesday, December 21, 2011

Isu agenda Melayu sejak dari dulu sampai sekarang- Melayu tidak kemana juga

Agenda Melayu! Itulah isu yang tidak lekang di mulut pemimpin UMNO sejak tiga dekad dahulu. Semasa perlaksanaan DEB dahulu pun tidak begitu kuat pemimpin-pemimpin UMNO menyebut tentang isu agenda Melayu ini. Sekarang di mana-mana pemimpin-pemimpin terbesar negara bercakap tentang agenda Melayu tetapi Melayu masih dalam keadaan ketinggalan dan kerana itu isu itu masih mahu dihidupkan terutamanya dalam menghadapi PRU yang semakin hari semakin hampir ini.

PRU-13 semakin hampir, Perak bertukar menjadi tempat ‘pembunuhan politik’

Pemilihan terkini menunjukkan bahawa rakyat Perak akan memihak kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang, yang dijangka akan dipanggil pada tahun 2012. Ia akan menjadi satu tugas besar bagi Barisan Nasional (BN) untuk kekal berkuasa selepas diambil alih secara kelam-kabut dan diragui oleh Pakatan Rakyat pada Februari 2009 selepas tiga anggota perundangan negeri dari Pakatan mengisytiharkan diri mereka sebagai ahli bebas. Rupa-rupanya, pengundi masih marah atas peristiwa-peristiwa yang menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat melalui proses mahkamah.

REKOD PEMBAZIRAN PEMIMPIN BN ...


Cuba anda teliti rekod PEMBAZIRAN pemimpin BN yang dimuatkan di dalam Risalah disebelah. (Klik pada imej dibawah untuk mendapatkan imej lebih besar dan jelas).

Masuk Zul Nordin... Perkasa bertukar jadi Perkosa

Timbalan Presiden Perkasa Zulkifli Nordin sekarang diusung ke hulu ke hilir oleh Umno kononnya untuk membawa gagasan perpaduan Melayu. Ceramah Perkasa hanya bertumpu di kalangan orang Melayu. Ramai yang teruja dengan sentimen perpaduan akan berpusu-pusu menghadiri ceramah tersebut. Tetapi bukan gagasan perpaduan yang dihidangkan sebaliknya penuh dengan fitnah dan pembohongan terhadap PAS dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Giliran Mahathir Pula Perlu Bersumpah Laknat

Dr Mahathir Mohamad nampaknya panas pedih juga dengan pendedahan tiga dokumen menunjukkan beliau ada meminta pinjaman wang dari bank dunia untuk selamatkan Malaysia dari bankrupsi seperti mana didedahkan oleh parti PKR.

Mahathir meragui dokumen berkenaan dan mahu bertanya kepada pihak bank dunia. Katanya dia akan pergi ke bank dunia untuk mengesahkan apakah dokumen itu asli atau tidak. Sekali lagi Mahathir cuba membuat riverse psikology dengan menimbulkan perkara itu. Apabila beliau berani untuk bertanya bank dunia orang akan mengira dokumen yang didedahkan itu sebagai palsu.

Tuesday, December 20, 2011

Tembelang Isa Samad sebagai Pengerusi Felda kantoi...

Kes penyenaraian Felda GV- kajian semula
Ada seorang sahabat hantar text kepada saya. Dia menyatakan dia tidak faham mengapa saya menentang penyenaraian felda fgv. Adakah saya tidak suka peneroka felda dapat durian runtuh?

Saya memilih untuk tidak menjawab beliau.

Kos RM3,000, shooting 2 jam, Oley ditonton lebih 180,000

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Klip video atau Filem pendek berjudul 'Oley' hanya memakan belanja RM3,000 sahaja dan mengambil masa penggambaran 2 jam, tetapi memberikan kesan cukup besar bagi aktiviti dakwah.

Ini kerana, klip video terbitan sebuah NGO, Solidariti Muslim Prihatin ini sehingga kini ditonton lebih 180,000 orang dalam jangka masa 5 hari setelah disiarkan.

Penyata Akaun negara sahkan pinjaman Mahathir dari bank dunia

PETALING JAYA 20 Dis: KEADILAN sekali lagi tampil dengan bukti menyanggah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menafikan membuat pinjaman dari Bank Dunia pada 1999.

Video di Youtube perli ‘panglima ludah’

KUALA LUMPUR 20 Dis: Sebuah video dimuat naik di laman Youtube, memperli aksi dan tindakan samseng Pemuda Umno yang mengugut untuk memukul dan meludah seorang mahasiswa kerana menurunkan bendera presiden Umno di PWTC, Sabtu lalu.

Dalam video berkenaan, jurucakap yang meniru semula aksi Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha, ‘menyelar’ tindakan ‘biadap’ mahasiswa yang memasuki laman sosial Myspace serta ‘mengagungkan’ Facebook.

Muhyiddin tak nak beri pesan kpd rakyat Johor agar "mengubah kepimpinan Johor" sekarang dlm PRU-13 akan datang ke???

NONE
Mangsa banjir Johor meningkat ke 1,000

Dis 20, 2011 Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di lima daerah yang dilanda banjir di Johor meningkat kepada 1,011 orang setakat pukul 9 malam tadi.

Blogger pro Umno Papagomo, ‘Pas Beruk’ dan Azmy Kelana Jaya mengugut meludah dan memukul Adam Adli

Nasib Adam Adli Dibela Angkatan Muda Keadilan
KUALA LUMPUR 20 Dis: Angkatan Muda KEADILAN mengecam tindakan ugutan pukul, ludah dan mencaci seorang mahasiswa, Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera presiden Umno di ibu pejabat parti itu, Sabtu lalu.

NFC : keluarga Shahrizat beli kondo RM9.9 juta di Singapura pulak...

Memandangkan UMNO dan Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan.

Sayalah Yang Perkenal Auku

Sedikit antara kata kata dari Tun Mahathir berkenaan AUKU :
“Saya rela dimarahi sesiapa sahaja, tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan Auku.

“Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya,”

R.I.P Current: Arus Maut Di Pantai + Video (Wajib Baca!)


Korang biasa tak dengar orang lemas di pantai sebab katanya kena tarik dek ombak? Kalau di sesetengah tempat ianya digelarkan sebagai pantai berpuaka. Tetapi sebenarnya ia adalah sejenis arus yang dipanggil RIP current. Arus ni akan menarik sesiapa saja dari pantai ke tengah lautan. Arus ini hanya akan menarik ke tengah lautan dan bukannya ke dasar. Biasanya orang yang mati lemas kerana cuba berenang melawan arus dan akhirnya keletihan dan tenggelam.

Monday, December 19, 2011

MELALAK, MELOLONG TANDA `SAKRATULMAUT' MENGHAMPIRI UMNO

KUDA Anwar Ibrahim? Macai Anwar Ibrahim? Lepas tu meludah, kemudiannya bertakbir pula, diakhiri dengan salakan `Hidup Umno'. Begitulah hebatnya pencacai angkut najis ini berkokok di depan kamera.

Video Adam Adli Hampir Ditumbuk Kerana Turun Bendera Haji Najib Razak.

KUALA LUMPUR, 19 DIS: Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris Adam Adli menjadi sasaran seorang yang marah dengan tindakan pelajar itu menurunkan bendera dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno Sabtu lalu.

Adam yang mengetuai Legasi Mahasiswa Progresif dilaporkan menurunkan bendera itu seketika Sabtu lalu sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Video-Video Balas Dari Mahasiswa Isu Turun Bendera Haji Najib Razak.

Seorang Demonstan [Adam Adli] Sedang menaikan semula bendara Haji Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia selepas diturunkan dalam lingkungan masa kurang dari 5 minit dan mengantikan ia dengan bendara Panji Akedemik Freedom.

KHAS BUAT SEMUA PENGANUT MAHATIRISME.

Najis Mahathir : Bila Mulut Manis Tidak Boleh Melindungi Kejahatan
Dr Mahathir Mohamad sering mendabik dada menunjukkan dialah yang bijak, pandai, cerdik dan bersih. Tiada perdana menteri lain yang sebersih beliau hatta berbanding dengan perdana menteri nyang sedang memangku jawatan itu kini. Rakyat khasnya ahli dan penyokong Umno dengan mudah tersihir dengan Mahathir. Apa yang Mahathir kata bagaikan sabda para nabi semuanya betul dan maksum.

Gambar Demo Di UPSI Minta Serah Adam Adli.

Demontrasi aman telah diadakan di pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim pagi tadi bagi mendesak pentadbiran universiti itu menyingkirkan seorang pelajarnya, Adam Adli yang menurunkan bendera tertera gambar Haji Najib Razak di PWTC pada 17 Disember lalu.

Wang rakyat disapu lagi, TV 1Malaysia propaganda baru UMNO-BN

19 DISEMBER – Hampir semua media massa “arus perdana” – yang diterbit atau disiarkan setiap hari seperti akhbar harian, TV dan radio – di Malaysia berada dalam kawalan UMNO dan Barisan Nasional.

‘Dr M, pusing belakang, Alif-Lam-Lam-Ha!’

Kalaulah betul dengan bersumpah mampu memberikan keadilan kepada manusia maka penjara di Malaysia akan menjadi hampir kosong.

Kadang-kala isu semasa hari ini ada yang menyebabkan saya terkenang-kenang memori silam semasa saya masih lagi di alam budak- budak kampung dahulu.

Perjanjian dari RM 6 Billion diubah menjadi RM 9 Billion. RM 3billion lagi untuk siapa?

Duit Terlebih RM 3 Billion Untuk Rakyat?

Pada awalnya, Kerajaan Malaysia nak beli kapal untuk askar mereka.

Perjanjian dikatakan bernilai RM 6 Billion.

Kontak ini dianugerahkan kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) SDN BHD.

Isu masjid: Dah berak merata, jangan tuduh orang lain

Siapa yang buat teks Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ketika perasmian Masjid Sultan Ismail di Cendering. Apakah maklumat yang sebenar dilapurkan kepada Tuanku berkenaan solat Jumaat di dua masjid dalam satu qariah. Mutakhir ini kerja ni sebenarnya angkara siapa? Kita tidak mahu apabila dekat pilihanraya, pihak kerajaan pimpinan Umno Terengganu dok mainkan kaset lama untuk menjadi bahan kempen Umno-BN. Macam dah tak de isu lain ke nak tutup penyelewengan pimpinan Umno-BN.

Gambar Pelajar Unisel Batang Berjuntai Gantung Diri

Di atas adalah gambar seorang pelajar UNISEL berbangsa India yang membunuh diri dengan menggantungkan dirinya pada kipas. Dipercayai mangsa telah pun mati selama 4 hari dan baru disedari oleh rakan sebilik beliau.

Sunday, December 18, 2011

Nak Ludah Muka Mahasiswa? Ni Jawapan nya..

Ini jawapan Ketua Pemuda PAS Pusat..lihat video dibawah
Jangan Perkecilkan Mahasiswa
1. Mahasiswa adalah " Agent of Change" dan ilmu yang mereka miliki meletakkan mereka sebagai intelek muda dan ia merupakan aset untuk mereka berani, yakin dan bertanggungjawab dengan tindakan yang mereka ambil. Mereka bukan lagi budak hingusan yang boleh ditempelak, dipulas telinga dan ditampar, apa lagi untuk diludah.