Monday, December 19, 2011

MELALAK, MELOLONG TANDA `SAKRATULMAUT' MENGHAMPIRI UMNO

KUDA Anwar Ibrahim? Macai Anwar Ibrahim? Lepas tu meludah, kemudiannya bertakbir pula, diakhiri dengan salakan `Hidup Umno'. Begitulah hebatnya pencacai angkut najis ini berkokok di depan kamera.


Kononnya jika jumpa Mahasiswa yang menurunkan gambar Najib di PWTC itu, pencacai bengap ini mahu meludah muka Mahasiswa berkenaan. Wah, beliau ingat beliau sahaja ada mulut boleh meludah? Anjing pun ada mulut boleh meludah, babi pun ada mulut.
Kebangkitan mahasiswa

Mempertahankan gambar Haji Najib seperti mempertahankan sebuah masjid dari diroboh sepertimana yang berlaku di Kg Bujal, Terengganu dahulu. Mungkin, jika mati sewaktu meludah muka Mahasiswa tersebut maka dianggap `mati syahid', maklumlah, Haji Najib itu adalah Khalifah hebat.
Di Pejabat KM P.Pinang, puak mereka usung kek dan `tahi', kemudian pakat makan sesama mereka...beradabkah?

Tidak dengar pula kita puak-puak Pakatan Rakyat yang mahu `syahid' apabila sekumpulan mamak bengap dari Penang mengusung kek dan tahi ke Pejabat KM P.Pinang. Mungkin puak-puak Pakatan Rakyat tidak sempat untuk bertindak kerana akhirnya sekumpulan pengusung kek tahi itu memakan apa yang mereka usung itu. Sendiri bawa, sendiri makan. Melucukan. Tidak biadapkah kumpulan mengusung kek dan tahi itu? Antara tahi dengan gambar Najib, apa bezanya?
Bukan bendera `Union Jack' yang diturunkan, tapi gambar Najib....

Kesihan juga tengok pencacai-pencacai di dalam video di atas. Mereka terlalu bengap untuk memikirkan mengapa Mahasiswa terlalu marah pada Najib. Lantaran itu, mereka menuduh Mahasiswa berkenaan dipengaruhi oleh Anwar. Apa yang kita lihat, selepas turunnya gambar Haji Najib, yang dinaikkan oleh Mahasiswa itu adalah bendera mereka. Kenapa tidak naikkan gambar Anwar? Bayangkan, jika gambar Anwar yang dinaikkan tentu meroyan tahap gila babi puak-puak tu.

Begitulah tahap atau standard pencacai di dalam Umno. Menyalak, melolong tidak tentu hala bagaikan seperti sudah merasakan saat-saat `sakratulmaut' buat Umno./wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment