Sunday, July 17, 2011

selamat tinggal 'jamboi' ! - kak mah tobat bro !!

Fesyen tutup aurat - Teman Festival Fesyen Islam akan datang ?
Datin Seri Rosmah Mansor berharap Festival Fesyen Islam (IIF) akan terus menjadi pentas bagi pereka fesyen mempamerkan rekaan mereka selain menggalakkan lebih ramai menghasilkan pakaian yang menutup aurat. Isteri perdana menteri itu berkata ini akan menggalakkan kelahiran lebih ramai pereka fesyen islamik yang penting dalam memastikan kerancakan industri tersebut.

"Satu masa kelak fesyen islamik juga boleh menjadi ciri kekal semasa minggu fesyen di kota-kota fesyen dunia," katanya pada jamuan tengah hari 'IFF Eastern Treasures', di London pada Jumaat.

Rosmah yang juga penaung IFF berkata fesyen islamik kini menjadi bidang keusahawanan yang menguntungkan.

Walaupun tidak ada data perdagangan rasmi untuk industri fesyen Muslim dunia, unjuran menunjukkan angka yang positif, katanya. Rosmah berkata bagi membolehkan industri itu berkembang pesat, pertumbuhan dan pembangunan mesti meliputi semua aspek iaitu daripada fesyen mewah kepada yang mampu dimiliki semua.

Katanya beliau teruja mendengar pusat membeli-belah mewah seperti Harrods di London dan Saks di Arab Saudi telah mula menjual pakaian berunsur islamik.

"Ini satu permulaan yang sangat bagus, tetapi menjadi impian saya untuk melihat lebih banyak pusat membeli-belah seperti Bloomingdales, Macy's Debenhams dan lain-lain menawarkan pakaian dan aksesori islamik sebagai sebahagian fesyen arus perdana dunia.

"Pada masa itu barulah kita dapat menyatakan fesyen islamik benar-benar mendapat tempat," katanya. - MKINI / albanjarionline

No comments:

Post a Comment