Wednesday, August 28, 2013

Ni baru betul.... Sendiri Pandu, Sendiri Tembak, Sendiri Ikat, Sendiri Letup & Sendiri Delete(Imigresen)

Ni baru betul.... Sendiri Pandu, Sendiri Tembak, Sendiri Ikat, Sendiri Letup & Sendiri Delete(Imigresen)

"ONLY IN MALAYSIA-Endless Possibilities" - ~SR~


Ada perancangan licik ketepi kes Altantuya – Johari Abdul

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul tidak menolak ada kemungkinan perancangan bagi memastikan mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu ini dibebaskan melalui kesilapan-kesilapan teknikal.

Menurut beliau, sudah pasti perancangan itu dilakukan dari mula dan dilakukan secara licik.

“Saya yakin terdapat perancangan untuk sengaja membebaskan semua yang terlibat dalam kes ini.

“Saya katakan seseorang yang licik merancang supaya yang terlibat terlepas atas sebab teknikal yang sengaja dirancang dari awal,” tegasnya kepada Keadilan Daily.

Selain itu, sejak awak lagi prosiding mahkamah yang berlaku sepanjang perbicaraan pembunuhan Altantuya adalah janggal dan pelik.

Menurutnya, perkara pelik itu ialah apabila beberapa saksi penting seperti DSP Musa Safri dan Pegawai Najib, Nasir Safar tidak dipanggil dari awal proses perbicaraan.

Selain itu, motif pembunuhan juga tidak pernah dibangkitkan.

“Apa sebenar motif pembunuhan, tidak mungkin wanita itu dibunuh tanpa motif.

“Sedangkan motif adalah perkara paling penting dalam menyelesaikan sesuatu kes jenayah bunuh.

“Sehingga hari ini, kita tidak tahu mengapa wanita itu dibunuh sebelum diletupkan,” ujar beliau.

Najib sanggup mohon maaf pada keluarga Altantuya?
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak perlu memohon maaf kepada keluarga mendiang Altantuya Shaariibu dan Kerajaan Mongolia ekoran kegagalan institusi kehakiman Malaysia menyelesaikan kes pembunuhan model kelahiran negara itu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Azan Ismail berkata, Perdana Menteri kena bertanggungjawab kerana kes pembunuhan itu melibatkan rakyat negara luar.

“Sebagai Perdana Menteri, Najib perlu bertanggungjawab. Jika gagal, sudah pasti imej Malaysia akan tercalar sekaligus mengundang persepsi negatif terhadap jaminan keselamatan dan kelemahan penghakiman di negara ini,” tegasnya menyarankan Kerajaan Malaysia mencontohi penanggungjawaban seperti Kerajaan Britain.

Beliau merujuk tindakan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang memohon maaf secara terbuka kepada Ashraf Rossli, 20, pelajar Malaysia yang dipukul dan dirompak di London pada 2011.

“Jika Najib takut, biar sahaja (Tan Sri) Muhyiddin Yasin menggalas tanggungjawab itu,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar itu ketika dihubungi.

Tegas Azan, keperluan tersebut penting bagi menjamin hubungan antara kedua-dua negara.

“Beranikah beliau berdepan dengan keluarga mendiang dan memohon maaf kerana kejadian itu berlaku di Malaysia?” soalnya.

Beliau menambah, berjiwa besarlah Najib jika sanggup mengaku salah atas apa yang berlaku terhadap warga Mongolia itu. - keadilandaily.com

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment