Wednesday, August 28, 2013

Cadangan sekat air PP rupa sebenarnya UMNO..

PKR Pulau Pinang hari ini menyelar kenyataan Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang mencadangkan agar kerajaan Kedah menyekat laluan air ke Pulau Pinang.

Ketua Pemudanya, Amir Ghazali berkata, cadangan Ahmad Bashah yang dibuat dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam seperti ingin menghukum rakyat Pulau Pinang kerana tidak memilih BN.

Katanya lagi, beliau turut meminta agar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir tidak melaksanakan tuntutan Ahmad Bashah yang disifatkan sebagai tidak berasas, zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Kenyataan YB Datuk Ahmad Bashah adalah satu kenyataan yang dangkal, tetapi turut sama mencerminkan rupa sebenar pemimpin Umno. Mereka rela untuk menghukum rakyat semata-mata kepentingan politik sempit mereka," kata Amir dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Ahmad Bashah mencadangkan agar sekatan laluan air ke Pulau Pinang perlu memandangkan kerajaan Kedah mempunyai hak ke atas air mentah.

Sehubungan itu, mengulas kenyataan Ahmad Bashah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, cadangan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah itu juga seperti kekejaman Israel terhadap Palestin.

Lim berkata, aliran sungai merupakan anugerah Tuhan dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya mengikut kehendak

Cadangan BN sekat air sungai Kedah ke Pulau Pinang kejam, seperti Israel tindas Palestin
GEORGETOWN, 28 OGOS: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan cadangan Barisan Nasional (BN) Kedah untuk menyekat air sungai utama di negeri itu yang mengalir ke Pulau Pinang sebagai kejam, tidak masuk akal dan tidak mempunyai justifikasi undang-undang.

Beliau berkata, idea untuk menghalang sungai yang secara semula jadi terbentuk dan digunakan oleh lebih daripada satu juta rakyat Pulau Pinang, termasuk orang Melayu, adalah ‘kejam’, tidak beretika, tidak bermoral dan juga melanggari semangat Malaysia.

“Ini satu idea kejam yang hanya boleh dilakukan Israel kepada rakyat Palestin,” katanya dalam sidang media di pejabat Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Komtar, semalam.

ADUN BN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Mohd Hanipah dalam sidang DUN Kedah seperi tertera dalam akhbar Sinar Harian baru-baru ini mengugut bahawa laluan air di Pulau Pinang harus disekat jika kerajaan Pulau Pinang tidak mahu berunding dengan Kedah untuk menyelesaikan permasalahan air itu.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menegaskan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir agar isu tersebut dapat diselesaikan, namun sehingga kini masih belum mendapat pengesahan surat supaya pertemuan itu dapat dilaksanakan.

Menurut Guan Eng, beliau telah memperkatakan berkenaan isu itu kepada Mukhriz kira-kira sebulan yang lalu dalam pertemuan di satu majlis dan Mukhriz juga sudah diberitahu bahawa surat akan dihantar untuk perbincangan lanjut.

Kerajaan PR Pulau Pinang juga telah menjelaskan bahawa negeri itu mengeluarkan air dari sungai semula jadi yang mengalir dalam sempadan sendiri dan tindakan mendesak pembayaran sama sekali tidak berasas.

Di bawah norma-norma antarabangsa dan konsep ‘hak riparian’, satu prinsip antarabangsa, pemilik tanah atau negara layak mendapat manfaat daripada aliran semulajadi sumber air dalam wilayah mereka, tidak kira di mana mereka berasal.

Guan Eng menegaskan bahawa Pulau Pinang mempunyai semua dokumen yang diperlukan untuk membuktikan bahawa air itu diambil di sebelah sempadan.

“Lima puluh tahun yang lalu perkara ini tidak pernah menjadi isu. Ia tidak masuk akal sama sekali. Pulau Pinang juga merupakan sebahagian daripada Malaysia. Malah air dari negara-negara lain juga tidak pernah dihalang,” ujarnya.

Beliau turut menjawap tuduhan Ketua UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkenaan surcaj yang dikenakan terhadap pengguna-pengguna air di Pulau Pinang.

“Hanya 28 peratus daripada pengguna domestik (isi rumah) yang menggunakan air secara berlebihan akan terjejas.

“Surcaj tidak akan dikenakan ke atas pengguna yang menggunakan kurang daripada 100,000 liter setiap dua bulan.

“Surcaj itu adalah cara yang paling proaktif untuk mencegah pembaziran air oleh isi rumah. Kadar dikenakan adalah tambahan 48 sen bagi setiap 1,000 liter yang digunakan selepas 100,000 liter pertama,” ujarnya. – Roketkini.com

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment