Friday, July 19, 2013

Najib mahu SPAD kaji semula tambang teksi : Terima Kasih BN, Janji Malaysia Aman..ha .. ha.. ha..

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji semula kadar tambang teksi dalam usaha mempertingkat taraf hidup pemandu teksi dan menambah baik mutu perkhidmatan teksi, kata Datuk Seri Najib Razak.


Perdana Menteri itu, berkata langkah itu perlu antara lain berikutan peningkatan kos operasi yang perlu ditanggung pemandu teksi.

"Saya difahamkan SPAD ketika ini sedang mengkaji semula kadar tambang teksi, dengan mengambil kira kos operasi (pemandu teksi).

"Saya berharap agar pemandu teksi tidak lagi mempunyai taraf hidup yang rendah, sebaliknya berupaya memiliki kualiti hidup yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian di ibu pejabat SPAD di KL Sentral pada majlis penyerahan 500 lesen teksi individu kepada pemandu teksi di Kuala Lumpur, hari ini.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, pula berkata kajian semula kadar tambang itu kini hampir di peringkat akhir dan agensi itu berharap dapat membentangkannya kepada kerajaan menjelang akhir tahun.

"Kami juga akan mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung kajian tambang. Kami ingin mewujudkan keseimbangan antara membayar bagi perkhidmatan yang baik dan kebajikan pemandu teksi," katanya.

Syed Hamid berkata, kali terakhir kajian semula itu dibuat pada 2009.

Kadar semasa 'flag-off' bagi teksi bajet di Malaysia ialah RM3 dengan bayaran 10 sen dikenakan pada setiap 100 meter berikutnya.- TMI

SPAD kaji semula kadar tambang teksi - Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji semula kadar tambang teksi dalam usaha mempertingkatkan taraf hidup pemandu teksi dan menambah baik mutu perkhidmatan teksi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata langkah itu perlu antara lain berikutan peningkatan kos operasi yang perlu ditanggung pemandu teksi.

"Saya difahamkan SPAD ketika ini sedang mengkaji semula kadar tambang teksi, dengan mengambil kira kos operasi (pemandu teksi).

"Saya berharap agar pemandu teksi tidak lagi mempunyai taraf hidup yang rendah sebaliknya berupaya memiliki kualiti hidup yang lebih baik," katanya di ibu pejabat SPAD di KL Sentral pada majlis penyerahan 500 lesen teksi individu kepada pemandu teksi di sini hari ini.

Pada sidang akhbar kemudian, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kajian semula kadar tambang itu kini hampir di peringkat akhir dan agensi itu berharap dapat membentangkannya kepada kerajaan menjelang akhir tahun.

"Kami juga akan mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung kajian tambang. Kami ingin mewujudkan keseimbangan antara membayar bagi perkhidmatan yang baik dan kebajikan pemandu teksi," kata Syed Hamid dan menambah kali terakhir kajian semula itu dibuat adalah pada tahun 2009.

Kadar semasa 'flag-off' bagi teksi bajet di Malaysia adalah RM3, dengan bayaran 10 sen dikenakan pada setiap 100 meter berikutnya. - SH

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment