Friday, July 19, 2013

Bersedialah wahai rakyat MALAYSIA YANG AMAN ini jangan merungut sebab negara kita tidak ada peperangan, maka bersyukurlah bahawa tarif elektrik mungkin naik kah kah kah

TNB beri bayangan tarif elektrik mungkin naik
Ada kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan memberi subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.

"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.

"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.

"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu, hari ini.

Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Kerajaan memberi subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik bawah RM20 sebulan dikecuali dari membayar bil.

Moggie berkata, penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.

"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara lebih cekap selagi mungkin, ini membantu mengurangkan sebarang kesan," katanya.

Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 diperluas kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.

Tahun lalu, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama, 18 Julai, 2013.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment