Wednesday, July 17, 2013

Skandal KTMB : Dedah Penyelewengan kontrak AFC bernilai RM85 juta.

DAP desak kerajaan ambil tindakan segera
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap pegawai KTM Berhad (KTMB) yang bertanggungjawab melantik kontraktor, Hopetech Sdn Bhd yang gagal menyiapkan projek Sistem Koleksi Tambang Automatik (AFC) bernilai RM85 juta.

Pua pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini, menegaskan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu segera mengambil tindakan dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.


“Projek itu sepatutnya sudah disiapkan pada April 2010, tetapi tarikh akhir dilanjutkan beberapa kali atas permintaan Hopetech Sdn Bhd dan meminta untuk menyiapkan projek itu pada Januari tahun ini, namun sehingga kini belum dapat menyiapkannya.

“Saya menerima maklumat bahawa alat yang diperoleh bagi projek itu dalam keadaan yang begitu teruk, ada di antaranya sudah rosak, dicuri atau hilang akibat kecuaian dan lanjutan yang berpanjangan,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan menyatakan, pada Januari 2011, Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Kong Cho Ha mengesahkan bahawa KTMB sedang menghadapi siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penyelewengan berkenaan kontrak AFC bernilai RM85 juta.

“KTMB sedang disiasat kerana dipercayai terbabit dengan penipuan dalam proses penilaian tender untuk menganugerahkan kontrak kepada Hopetech Sdn Bhd, 18 peratus lebih mahal daripada dua pembida lain.

“Bagaimanapun, Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA tidak mengambil tindakan menggantung projek yang masih belum selesai siasatan itu tapi mengarahkan projek itu diteruskan tanpa berlengah-lengah,” tegasnya.

Beliau juga mempertikaikan mengapa kerajaan meneruskan projek dengan kontraktor sedia ada, bukannya menamatkan dan mengambil kontraktor yang lebih berpotensi.

Pua kemudian turut menempelak sikap Kementerian Pengangkutan dan SPRM yang tidak mengenakan sebarang ganti rugi terhadap Hopetech kerana kelewatan serta mengambil tindakan walaupun bukti mengenai penyelewengan itu jelas terpampang. -Roketkini.com

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment