Tuesday, July 23, 2013

Seronok tak kena tipu ?

Fakta :
Harga Ayam Sebelum Ramadhan = RM6.50 sekilo
Semasa di awal Ramadhan harga ayam melambung sampai RM8.80 sekilo.

Bila rakyat bising maka kerajaan PENIPU (bukan nama sebenar) terus tetapkan harga standard ayam RM7.70 sekilo.

Maka dicananglah seluruh tanah Malaya including Sabah dan Sarawak....Keluar front page lagi...besar-besar muka depan akhbar,

"Harga ayam turun RM7.70"

Hmmmmm........Harga Asal RM6.50 sekarang RM7.70

Wahai MACAI yg nak kata bijak tak bijak nak kata tak bijak memang tulah hakikatnya ......harga naik ke turun?

Kesimpulannya..... Apa kau rasa yer MACAI.....ade rasa OREN tak......tapi......Syukurlah negara aman... — at Didalam reban ayam,tepi rumah jiran aku.

Harga Ayam Di P, Pinang Masih RM9 Sekilo, Biar Pun Harga Siling Ayam RM7.70 Sekilogram

Penjual di pasar awam di sini masih belum menurunkan harga ayam ke paras RM7.70 sekilogram seperti yang ditetapkan kerajaan.

Tinjauan Bernama mendapati harga ayam kekal RM9 sekilogram di sekitar Georgetown dan penjual memberi alasan mereka belum menerima sebarang notis untuk menetapkan harga ayam.

Seorang peniaga ayam di Pasar Datok Keramat yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah berkata, harga ayam setakat ini dijual RM9 kerana ia masih diterima oleh pembeli dan beliau tidak menghadapi masalah permintaan.

"Saya memang berharap agar harga ini dapat turun lebih cepat, tapi sebagai peniaga kami tidak dapat berbuat demikian kerana notis penurunan harga daripada kementerian masih belum sampai ke tangan kami," katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan sepatutnya memantau harga ayam di ladang sebagai langkah awal supaya harga ayam tidak akan melambung setiap kali tiba musim perayaan.

Sementara itu, jurucakap KPDNKK Pulau Pinang ketika dihubungi berkata, bahagian penguatkuasanya tidak dapat mengeluarkan sebarang arahan kerana belum mendapat notis Skim Kawalan Harga Barang daripada ibu pejabat.

Katanya, notis berkenaan akan diedarkan kepada peniaga di seluruh negeri sebelum 26 Julai ini.

"Selain ayam, sebanyak 20 barangan keperluan lain juga tersenarai dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan," katanya. - Bernama

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment