Tuesday, July 23, 2013

Gani Patail Kena Belasah?

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) mempertahankan keputusannya melantik peguam Umno Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah sebagai ketua pendakwa raya kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Gani berkata beliau memutuskan untuk membawa orang luar kerana pernah dituduh berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan.

Beliau menggesa orang ramai melihat pelantikan Shafee secara objektif kerana ini bukanlah pertama kali hal sedemikian berlaku.

Gani kemudiannya memberikan contoh peguam Datuk Tan Hock Chuan yang dilantik untuk menolong mengendalikan siasatan kes Teoh Beng Hock.

Gani turut memberikan contoh bekas ketua pendakwa raya perbicaraan Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang bersara awal dan turut mewakili pihak pembangkang.

“Saya tidak melihat sebarang sebab untuk tidak melantik Shafee,” jelas beliau dalam satu kiriman pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider dari London.

Yusof yang juga bekas ketua peguamcara pembelaan Anwar turut berdepan pertuduhan berkaitan Bersih 3.0. Yusof berkata beliau merupakan ejen bebas mewakili sesiapa sahaja selepas bersara daripada kerajaan.

Gani kemudian berkata Karpal Singh tidak akan membela Anwar jikalau hal berkaitan liwat merupakan isu remeh.

“Kami menghargai peranannya juga atas nama keadilan,” jelas beliau.

Ramkarpal Singh, salah seorang peguam dalam pembelaan kes Anwar telah memberi notis kepada mahkamah rayuan hari ini kekal membantah Shafee mewakili kerajaan.

Karpal kemudian dalam satu permohonan bersama satu afidavit yang difailkan oleh Anwar akan meminta Shafee untuk digugurkan.

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata pelantikan Shafee sebagai timbalan pendakwa raya merupakan perkara luar biasa dan bakal melihatkan mahkamah tidak kompeten.

Beliau mempersoalkan mengapa orang luar dipilih apabila mahkamah mempunyai lebih ramai pegawai berpengalaman mengendalikan kes rayuan. ~the malaysian insider

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment