Thursday, July 18, 2013

RCI: Tiga beradik Filipina dapat kad pengenalan selepas mereka menjadi anak angkat kepada penduduk tempatan

Tiga beradik dari Filipina diberi sijil kelahiran, disusuli kad pengenalan selepas mereka menjadi anak angkat kepada penduduk tempatan pada 1980-an.

Memberitahu Suruhanjaya Diraja (RCI) Menyiasat Pendatang Tanpa Izin di Sabah, Mohd Shafee Mohd Yusof menceritakan bagaimana bapa tiri dan ibunya menyeludup mereka dari Zamboanga ke Semporna.

"Saya dan adik beradik lahir di Basilan, Filipina. Saya terlalu muda ketika bapa menceraikan ibu.

"Ketika berusia enam tahun, keluar saya berpindah ke Semporna dengan bantuan operator bot haram. Kami tiba di Sabah dan bapa bekerja sebagai mekanik," katanya.

Mohd Shafee mendedahkan nama sebenarnya Johnny Amules tetapi ketika berusia sembilan tahun, beliau dan adiknya dijadikan rakan bapa tirinya sebagai 'anak angkat'.

"Bapa beritahu Islam bagus dan kami patut tukar agama. Kami ke Jabatan Pendaftaran Semporna dan sijil kelahiran lewat dikeluarkan," katanya

Sijil kelahiran lewat ialah sijil bagi pendaftaran kelahiran bayi di Malaysia yang lambat lebih 42 hari.

Pada 1995, Mohd Shafee menerima kad pengenalan 'Bunga Raya' sebelum menukarnya kepada MyKad pada 2000-an, malah adik beradik juga pemperoleh kad sama.

Beliau turut menyatakan ibu dan bapa tirinya kekal sebagai pendatang tanpa izin berikutan mereka tidak diberi sebarang dokumen pengenalan diri.

Katanya, satu-satunya maklumat yang benar dalam sijil kelahiran lewat itu ialah tarikh lahirnya manakala butiran lain palsu belaka.

Beliau juga mengaku sangat mudah untuk mendapat kad pengenalan diri pada masa lalu terutama melalui bantuan penduduk tempatan.

Mohd Shafee mengahwini wanita Filipina beebrapa tahun lalu dan tiga anaknya memiliki kewarganegaraan Malaysia.

"Isteri saya menganut Islam sejurus selepas perkahwinan dan semua anak kami, Islam," katanya sambil menambah, semua dokumen berkaitan diurus Jabatan Pendaftaran Semporna. - 17 Julai, 2013

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment