Thursday, July 18, 2013

Gara-Gara Beraksi Ala Kedai Kopi, MP BN Malu Besar..

Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir malu besar apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said menegur perbahasan Ahli Parlimen BN itu yang diibarat seperti bercakap di kedai kopi.

Teguran tersebut ekoran Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu melabelkan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali sebagai ‘profesor kangkung’.

Penghinaan itu merujuk pujian Azmin terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Kulim Bandar Baharu harus tahu membezakan antara perbahasan di Parlimen dan di kedai kopi,” kata Ismail seterusnya meminta Abdul Aziz memohon maaf kepada Azmin dalam Dewan Rakyat sebelum meneruskan perbahasan hari ini.

Terdahulu, Ismail mengesahkan Abdul Aziz telahpun memohon maaf kepada Azmin.

Khalid yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sejak 2008 hingga kini atas kehendak rakyat di negeri termaju itu.

Sebelum menyertai politik, beliau berpengalaman dalam pelbagai bidang pengurusan korporat termasuk memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie Bhd. ~keadilandaily

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment