Tuesday, July 16, 2013

PRK K. Besut : Spekulasi memboikot calon Pas, ini jawapanya

“Saya akan bekerja bersungguh-sungguh untuk pastikan supaya kedudukan sama (16:16). “Saya juga nak ada kedudukan yang baik di dalam negeri Terengganu ini. “Saya akan pastikan kami menang, bukan setakat sokong tetapi bekerja keras,” - Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail

PKR tak melatah 'diusik' boikot calon Pas
SHAH ALAM – Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail menyatakan pihaknya akan bekerja keras untuk mencapai misi 16:16 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, 24 Julai depan sekali gus menolak spekulasi beliau memboikot calon Pas.

PRK Dun Kuala Besut
Menurutnya, PKR Terengganu akan membantu calon Pas menyampaikan mesej yang bermanfaat kepada penduduk bagi menghormati bulan Ramadan di samping mengelakkan kempen berbentuk fitnah.


Beliau juga berkata, misi 16:16 penting untuk melonjakkan kedudukan pembangkang di negeri “penyu bertelur” itu.

“Saya akan bekerja bersungguh-sungguh untuk pastikan supaya kedudukan sama (16:16).

“Saya juga nak ada kedudukan yang baik di dalam negeri Terengganu ini.

“Saya akan pastikan kami menang, bukan setakat sokong tetapi bekerja keras,” katanya kepada Sinar harian Online.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai spekulasi memboikot calon Pas, Azan menyatakan itu adalah spekulasi “nakal”.

“Itu hanya spekulasi nakal, niat tak baik.

“Saya pada hari penamaan calon ada di Shah Alam selesaikan isu mahkamah,” ulasnya.

Sebelum ini, beberapa blog pro Umno memainkan isu ketidakhadiran Azan dan timbalannya, Abd Rahman Yusof di Majlis Pengumuman Calon Pas PRK Dun Kuala Besut, 9 Julai lalu dengan mengaitkan kepimpinan PKR negeri tidak berpuas hati dengan pemilihan calon Pas di kerusi tersebut.

Spekulasi itu diperkuatkan lagi apabila kedua-duanya juga tidak kelihatan pada hari penamaan calon.

Spekulasi itu dipercayai timbul berikutan Azan sebelum ini pernah mengundang sedikit kontroversi apabila meminta Pas mempertimbang untuk memberikan kerusi Dun Kuala Besut kepada calon PKR dalam PRK ini.

Bagaimanapun Azan kemudiannya tampil dengan kenyataan bahawa PKR sedia memberi laluan kepada Pas.

Mengulas lanjut, Azan yang juga bekas ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, pengundi perlu bijak memilih calon yang boleh memberi kebaikkan kepada rakyat dan negeri.

“Ini bukan pertandingan antara parti BN dan Pas, ini adalah pertandingan untuk rakyat memilih siapakah calon yang benar-benar baik untuk memimpin mereka.

“Saya yakin PR telah melakukan banyak perkara baik terhadap rakyat,” tambahnya. SH

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment