Tuesday, July 30, 2013

Pembunuh Ada Di Kalangan Kita

Walau apapun kata mereka, kejadian tembak yang semakin berleluasa di negara kita memberitahu kita 2 perkara yang amat pasti dan tidak dapat disangkal lagi oleh sesiapa iaitu:


1. ada segelintir rakyat di negara ini yang memiliki senjata api secara haram dan digunakan untuk membunuh nyawa yang tidak bersalah

2. wujudnya sebuah kerjaya yang baru di negara ini iaitu kerjaya sebagai pembunuh upahan

Mahu atau tidak, kita semua sering berada di tempat awam sama ada di pusat membeli-belah, tempat-tempat beribadat seperti masjid, kuil dan tokong, di bank-bank, atau di mana saja yang boleh mendedahkan diri kita kepada risiko ditembak. Kita tidak tahu jika kita sedang diperhatikan oleh seseorang malah kita juga mungkin tidak sedar bahawa kita mempunyai musuh yang tidak mahu melihat kita hidup. Ini menandakan bahawa di tempat-tempat awam di mana kita sering berurusan, mungkin di kalangan orang ramai itu terdapat seseorang yang sedang membawa pistol yang sentiasa bersedia untuk bertindak.

Di negara kita, menjadi seorang yang baik dan saksi kepada kejadian jenayah boleh mengundang padah. Walaupun kita sering mendengar kempen supaya melaporkan kejadian jenayah, rasuah, pencolekan dan sebagainya, sebagai saksi, anda mendedahkan diri anda kepada risiko ditembak mati.

Si pembunuh upahan tidak pedulikan nyawa. Bagi mereka nyawa manusia ada harga tertentu. Yang penting mereka dapat hidup dan dapat makan hasil dari wang upah menamatkan nyawa manusia lain. Mereka ini mungkin ada di kalangan kita tapi kita tidak sedar dan tidak kenal siapa mereka.

Motif pembunuhan ada pelbagai. Ada yang cemburu, ada yang hasad dengki. Ada juga kerana takut rahsia dibongkar. Motif yang terakhir ini selalunya melibatkan jumlah wang yang besar. Kerana itu mereka sanggup mengupah orang lain untuk membunuh seseorang. Dengan cara ini, si pemberi upah terselamat dari tuduhan membunuh. Bukan dia yang membunuh. Dia hanya beri upah. Undang-undang membezakan antara keduanya. Hukuman kepada yang membunuh dan yang memberi upah bunuh tidak sama.

Walau apapun alasan yang kita dengar, negara kita hari ini sudah ada perkara yang disebutkan tadi - orang yang memiliki senjata secara haram dan kerjaya pembunuh upahan. Jika tiada kedua-dua ini, kejadian tembak tidak akan berlaku sehingga ke tahap serius seperti hari ini.

Yang lebih bahaya, pembunuh ini mungkin ada di kalangan kita malangnya kita tidak berupaya mengenali siapa mereka. MP

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment