Polis keempat terbabit kes Dhamendran akhirnya didakwa membunuh
Isteri Dhamendran, Joseph Marry tidak dapat menahan kesedihannya di luar mahkamah di Jalan Duta, pagi tadi.
Selepas menjadi “pelarian” selama lebih sebulan, Inspektor S Hare Krishnan akhirnya dibawa ke mahkamah dan menjadi polis yang keempat didakwa kerana membunuh tahanan, N Dhamendran.
Hare Krishnan dari ibu pejabat polis Kuala Lumpur “hilang” sejak 15 Jun dan menyerah diri dua hari lalu.
Beliau dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan didakwa membunuh Dhamendran di ibu pejabat polis Kuala Lumpur antara jam 12.20 tengah hari dan 2.50 petang pada 21 Mei.
Hare Krishnan ketika dibacakan pertuduhan mengaku faham dakwaan ke atasnya dan tiada pengakuan direkodkan.
Majistret Nur Aminatul Aminah Md Nor menetapkan 2 Ogos untuk perbicaraan.
Hare Krishnan, kini menyertai rakannya – Sarjan Jafri Jaafar, Koperal Mohd Nahar Abdul Rahman dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari yang turut didakwa kerana membunuh Dhamendran pada 5 Jun.
Timbalan Pandakwaraya, S Nithia mengetuai pendakwaan sementara peguam G Sri Kumar dan S Kavitha mewakili tertuduh.
Peguam Latheefa Koya menjadi peguam pemerhati bagi isteri Dhamendra, M Marry.
Dhamendran, 31, mati dalam lokap di ibu pejabat polis Kuala Lumpur pada 21 Mei semasa berada dalam tahanan reman kerana percubaan membunuh.
Perintah tahanan reman ialah untuk 10 hari bermula 12 Mei.
Bedah siasat mendedahkan Dhamendran mati selepas dipukul berkali-kali dan kes ini diklasifikasikan sebagai pembunuhan. – 30 Julai, 2013. TMI
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
agak muyskil sket... betul ke dia bunuh..?? atau ada muslihat lain... hanya Allah yg mengetahui dan semoga Allah menunjukkan jalan keberan... AMIN
ReplyDelete