Friday, July 26, 2013

Pemangku Ketua Polis selangor menafikan akan ambil tindakan keatas penyebar gambar murid2 yang minum dan makan dalam "bilik persalinan sekolah"?

PEMANGKU KETUA POLIS SELANGOR MENAFIKAN PIHAK POLIS AKAN AMBIL TINDAKAN KEPADA PENYEBAR GAMBAR KANTIN DALAM BILIK PERSALINAN SEBELAH TANDAS DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948!!!!



Mengikut laporan yang dikutip dari Malaysia Kini, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan, telah menyatakan beliau tidak ada menyebut akan mengambil tindakan keatas sesiapa yang menyebarkan gambar murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai, Buloh, Selangor minum dan makan dalam bilik persalinan sebelah tandas waktu rehat yang kini menjadi perbicangan hangat kalangan rakyat terutamanya warga siber.

Beliau berkata apa yang nyatakan telah disalah ertikan.

Tetapi ini tidak beerti pihak-pihak tertentu mau ambil kesempatan untuk dijadikan isu agama dan perkauman..Isu ini lebih dilihat sebagai isu kemanusiaan.

Isu ini menjadi ledakkan secara kebetulan anak-anak murid bukan Islam semasa bulan Ramadan minum dan makan dalam bilik persalinan sebelah tandas sekolah tersebut.

Menjadi lebih kemelut apabila pihak sekolah dilihat cuba nak "cover line" dan tutup cerita dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

Menjadi lebih teruk bila dibuktikan yang Guru Besar sekolah berkenaan adalah penyokong tegar UMNO dengan mengeluarkan kata-kata keji yang tidak sepatutnya terhambur dari individu yang bergelar pendidik.

Menjadi lebih panas apabila sipegandu dan Guru Besar membuat laporan polis sebab kena ugutan.

Janganlah jadikan isu ini sebagai peluang untuk ledakkan perasaan perkauman dan keagamaan.

Kena lihat dari sudut betapa pihak sekolah tersebut telah silap dalam keputusan diambil.. Perlu ada berjiwa besar mohon maaf dan akui kesilapan.

Kalau terusan dengan sifat ego tidak bertempat disebabkan fahaman politik... kemelut ini tiada kesudahannya.

BERIKUT ADALAH BERITA YANG DIKUTIP DARI MALAYSIA KINI.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan menafikan laporan bahawa beliau memberi amaran untuk mengenakan tindakan mengikut Akta Hasutan ke atas individu yang menyebar gambar menunjukkan murid bukan Islam makan di bilik persalinan SK Seri Pristana.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Thaiveegan mendakwa kenyataannya itu disalah petik oleh “akhbar tertentu”.

Katanya, beliau tidak menyebut apa-apa berhubung penggunaan Akta Hasutan.

Thaiveegan dalam satu laporan Utusan Online berkata, penyebaran gambar berkenaan “boleh menimbulkan isu provokatif dan perbalahan kaum”.

"Polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan kepada pihak yang menyebarkan maklumat berbaur hasutan di laman sosial berkenaan isu yang membabitkan sekolah berkenaan," katanya seperti dipetik laman tersebut.

Semakan di laman Utusan Online hari ini menunjukkan bahawa kandungan laporan itu telah diganti dengan berita yang tidak berkaitan.

Beberapa keping gambar di Facebook yang didakwa memaparkan murid bukan Muslim makan di kawasan bilik air di sebuah sekolah sewaktu bulan puasa mencetuskan kontroversi di kalangan pengguna Internet pada hari Selasa lalu.

Gambar itu dikesan dimuatkan oleh ibu bapa kepada pelajar sekolah terbabit, yang terletak berhampiran Sungai Buloh.

Ia menunjukkan pelajar duduk di meja makan yang terletak dalam kawasan bilik persalinan sekolah tersebut.

Timbalan menteri pendidikan II P Kamalanathan yang meninjau kawasan tersebut keesokan harinya bagaimanapun berkata, tindakan berkenaan tidak melibatkan soal agama atau kaum.

Kamalanathan yang berkata, ia hanya melibatkan lokasi kantin sementara tersebut, yang digunakan sejak Mac tahun ini.

Laporan awal mendakwa hanya pelajar bukan Islam dipaksa makan di kantin sementara tersebut pada bulan Ramadan.

Katanya, ia berlaku memandangkan kerja-kerja menaiktaraf kantin tersebut bermula antara seminggu hingga dua minggu lalu.

Kamalanathan juga berkata persatuan ibu bapa dan guru sekolah tersebut juga maklum mengenai kantin sementara tersebut sejak Mac kerana ia dibincangkan dalam satu mesyuarat sebelum ia dilaksanakan. omakkau

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment