Friday, July 26, 2013

Panas!! Guru Besar "Bilik Persalinan" Belasah Najib?..

GB SK Sri Pristana bengang, kutuk pemimpin Umno!! ??
Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya,” luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor yang terlibat insiden bilik persalinan yang dijadikan tempat makan murid-murid bukan Islam.
Dia mengungkit kerana telah bertungkus lumus untuk Umno semasa PRU lalu sehingga tak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya ketika mengidap kanser. Setelah berkhidmat sepenuh jiwa untuk UMNO, wakil rakyat di kawasan pun tidak datang mempertahankan beliau yang telah dianiaya dengan tuduhan tidak berasas.

Adakah luahan hati di bawah ini benar atau hanya rekaan pihak tertentu? Entahlah! Namun, jika dilihat prnscreen kat bawah, ada logiknya.
Kenapa UMNO tak bela dia? Tak cukup macai ka dia nie? - pakat-pakatkalih

Guru besar diarah bercuti
Guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh Mohamad Nasir Mohd Noor berkata beliau diarahkan bercuti seminggu ekoran kontroversi melibatkan bilik persalinan sekolah tersebut yang dijadikan kantin sementara untuk muridnya.

Laporan Utusan Online yang memetik kenyataan Mohamad Nasir menyebut, Jabatan Pelajaran juga akan memutuskan tindakan selepas tempoh tersebut.

NONEMohamad Nasir berkata beliau juga membuat laporan polis atas dakwaan difitnah oleh ibu bapa dan pihak tertentu “secara tidak bertamadun”.

"Saya menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya seperti dipetik Utusan Online.

Katanya lagi, murid berkenaan juga menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai kantin sejak tiga bulan lalu memandangkan kantin sekolah tidak boleh menampung jumlah murid berkenaan.

Beliau berkata, kawasan itu juga telah dibersihkan dan dilengkapi sinki untuk mencuci tangan.

Para murid berkenaan dilarang membuang air di bilik persalinan tersebut manakala paip air di bilik persalinan tersebut juga telah dikunci, katanya lagi dalam laporan tersebut.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI


Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment