Sunday, July 14, 2013

Patutlah MB Terengganu Tidak Di Lantik Pengarah PRK Kuala Besut

Pelantikan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengarah PRK Dun Kuala Besut baru-baru ini menimbulkan pertikaian umum sementelah tanggungjawab itu sewajarnya digalas oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.Apakah begitu genting sekali kedudukan Dun Kuala Besut ini sehingga orang nombor dua negara terpaksa diturunkan bagi menggerakkan jentera BN di sana?

Bagi pemerhati politik, turunnya Muhyiddin ke gelanggang PRK bukan sahaja kerana mahu memastikan kemenangan BN di Dun Kuala Besut sebaliknya ia adalah misi menyelamatkan Terengganu daripada jatuh ke tangan PR.Menurut pensyarah Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Fuad Mat Jali, prestasi 'cukup-cukup makan' BN pada PRU13 lalu menyebabkan nama Ahmad digugurkan daripada skuad perang BN.

"Prestasi Ahmad Said sangat mengecewakan dalam PRU13 yang lalu, beliau tidak berjaya memacu kemenangan yang besar terhadap BN. “Oleh sebab itu saya rasa beliau tidak dilantik,” katanya kepada Sinar Harian Online.Malah dakwanya, timbalan perdana menteri itu juga ke Terengganu dengan membawa satu lagi misi sampingan iaitu menyatukan kembali Umno Terengganu yang sudah retak menanti belah.“Semua orang sudah tahu wujud perpecahan dalam Umno Terengganu, masing-masing ada kumpulan penyokong masing-masing.

"Jadi kedatangan Muhyiddin Yasin adalah untuk menyatukan semula Umno Terengganu,” katanya.Kenyataan Fuad itu disokong oleh seorang lagi pemerhati politik tanah air, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain dari Universiti Sains Malaysia (USM). “Saya lihat perdana Menteri tidak yakin dengan Ahmad Said. “Setahu saya dalam mana-mana PRK sebelum ini, yang menggalas jawatan tersebut adalah menteri besar negeri tersebut, jadi dalam PRK ini kenapa Ahmad Said tidak dilantik?," katanya.

Umno Terengganu dikatakan berantakan dan berpecah kepada dua kem.Pada PRU13 lalu, mereka dari kumpulan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan semakin diketepikan oleh kumpulan Ahmad Said.Pas dalam siri kempennya di PRK Kuala Besut turut menggunakan isu hubungan dingin antara kedua pemimpin ini sebagai strategi mereka.

"Idris semasa menjadi menteri besar ada program pembangunan untuk Terengganu, Mat Said tiada rancangan," kata Pengarah PRK PaS Kuala Besut, Datuk Husam Musa ketika berceramah di Kampung Pusu Tinggi di Kuala Besut malam tadi.Idris pernah menjadi menteri besar Terengganu pada 2004 dan hanya bertahan sepenggal hingga 2008 untuk jawatan berkenaan sebelum digantikan Ahmad Said.

"Ahmad Said tidak sebulu dengan Idris. Idris semasa menjadi menteri besar, dia ada program, walaupun kadang kala tiada apa pun."Ahmad Said tiada program langsung," kata Husam yang bercakap menggunakan dialek Pantai Timur di hadapan sekitar 200 penyokong parti berkenaan.Lumrah, musim pilihan raya adalah musim untuk mencari kekurangan lawan demi memenangkan parti sendiri.

Bagi BN, mereka tidak mampu untuk kalah selepas penyandang kerusi itu menang dengan majoriti agak besar pada PRU lalu.Kehampaan tidak boleh berlaku dalam misi mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut.Lantaran itu, Muhyiddin diturunkan, bergabung dengan Idris Jusoh yang lebih arif tentang isu "ganu kite". ~sinar harian

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment