Wednesday, July 17, 2013

Panas!! Anak Samy Vellu S Vell Paari digugurkan dari jawatan..

Palanivel gugurkan anak Samy Vellu
Datuk Seri G Palanivel memperkukuhkan kedudukannya dalam MIC hari ini apabila menggugurkan Pengarah Strategi, S Vell Paari dan Ketua Puteri, Usha Nandini daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) parti itu.

Kedua-dua pemimpin itu digantikan oleh Datuk S Sothinathan dan Sunthar S Subramaniam yang rapat dengan presiden MIC itu.

“Saya melantik Sothinathan untuk menggantikan Vell Paari yang menjadi ahli CWC parti selama beberapa tahun lalu,” kata Palanivel dalam satu kenyataan hari ini.

Vell Paari adalah anak kepada bekas presiden MIC dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu.

Dalam reaksi awal, Vell Paari berkata: “Tiada siapa beritahu saya apa-apa.”

Sothinathan adalah bekas naib presiden parti manakala Suntar pula merupakan anak kepada bekas timbalan presiden Tan Sri S. Subramaniam.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Vell Paari dilihat sebagai suara lantang dalam parti itu dan kadang kala mengkritik MIC dan Barisan Nasional (BN) secara terbuka.

Dalam Pilihan Raya 2013 lalu, Vell Paari antara pemimpin MIC yang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Palanivel secara terbuka berikutan Datuk Zulkifli Noordin diletakkan sebagai calon Parlimen Shah Alam.

Keputusan berkenaan menimbul kemarahan masyarakat India beragama Hindu berikutan tersebar video menunjukkan Naib Presiden Perkasa itu menghina agama Hindu.

Bapa Vell Pari, Samy Vellu memegang jawatan presiden MIC selama 31 tahun sebelum melepaskan jawatan pada tahun 2010 kepada Palanivel.

S Subramaniam merupakan musuh politik Samy Vellu dan seringkali menjadi pencabarnya dalam pemilihan parti.

Samy Vellu dianggap sebagai pemimpin kuku besi dan seringkali memecat golongan yang tidak sebulu dengannya. – 17 Julai, 2013.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment