Saturday, July 20, 2013

Panas!! Ada pergolakan antara KJ dgn PEMUDA JOHOR?

KJ BERMASALAH DENGAN PEMUDA JOHOR?
Pemuda Umno Johor secara sebulat suara bersetuju mahu jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan menjelang pemilihan parti tersebut yang bakal diadakan pada Oktober, memberi petunjuk penyandangnya Khairy Jamaludin bakal berdepan tentangan.

Dalam mesyuarat khas Pemuda Umno Johor di Batu Pahat malam semalam, seramai 20 daripada 26 Ketua Pemuda Umno Bahagian bersetuju supaya jawatan tersebut dipertandingkan dan Datuk Zulkurnain Kamisan menyifatkan pendirian tersebut tidak mempunyai motif tertentu kerana selari dengan pindaan perlembagaan parti tahun 2009-2010.

"Pergerakan Pemuda Umno negeri sebenarnya berterima kasih kepada Pergerakan Pemuda Umno Pusat yang telah bekerja keras dalam meletakkan parti pada hati golongan muda.

"Cuma biarlah pemilihan kali ini mengikut suara hati akar umbi," kata Ketua Pemuda Umno Johor itu dipetik dari Utusan Malaysia hari ini.

Dalam laporan itu lagi, Zulkurnain juga meminta supaya pimpinan Umno memberikan ruang kepada golongan muda untuk bertanding ke peringkat lebih tinggi pada pemilihan kali ini serta memuji langkah Presiden Datuk Seri Najib Razak yang melantik ramai wakil Pemuda Umno di dalam Kabinet selepas pilihan raya umum ke-13 lalu.

"Malah kami juga mengucapkan terima kasih dan menyanjung tinggi keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memberi kepercayaan kepada ahli Pergerakan Pemuda Umno pada PRU-13 lalu sehingga memberi peluang kepada mereka menjawat jawatan penting dalam Kabinet," tambah beliau.

Pendirian diambil oleh Pemuda Umno negeri Johor dilihat bertentangan dengan pendirian Exco Pergerakan Pemuda Umno yang sebulat suara mahu Ketuanya, Khairy diberikan mandat baru dalam pemilihan parti tahun ini.

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, berdasarkan pencapaian Pemuda Umno pada pilihan raya 5 Mei yang lalu di bawah pentadbiran Khairy, kedudukan orang nombor satu dalam sayap parti itu perlu dikekalkan.

Selain itu, beberapa pergerakan di negeri lain juga menyatakan pendirian sama, antaranya Pemuda Umno Kelantan telah pun mencadangkan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda yang disandang oleh Khairy tidak dipertandingkan pada pemilihan parti hujung tahun ini.

Pemilihan pada Oktober ini adalah ujian kepada pindaan perlembagaan yang dilakukan ke atas parti komponen utama Barisan Nasional (BN) itu dimana 146,500 perwakilan Umno daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan perlembagaan iaitu perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.

Namun, Khairy sehingga kini masih berteka-teki untuk sama ada akan mempertahankan jawatannya ataupun tidak, namun beliau mengalu-alukan supaya jawatan tersebut dipertandingkan.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment