Saturday, July 20, 2013

GEMPAQ !! Menatang ANEH muncul di PRK Kuala Besut +Bergambar

PRK KUALA BESUT: RUMAH DIBINA DALAM TEMPOH 7 HARI SIAP!!..BURUH BINAAN DIKERAH BEKERJA SIANG MALAM!
Kalau bukan kerana PRK, taubat lahomlah rakyat Besut yang rumahnya terbakar akan mendapat pembelaan sebegini punya perihatin dan pantas.

Kerana PRK DUN N01 Kuala Besut maka tuah hinggap menyelubungi dibadannya...Rumahnya yang kebakaran mendapat pembelaan dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat.

Dibina semula rumah tersebut dengan guna pakai teknologi Jepun.

Nak tunjuk kepada rakyat betapa perihatinnya kerajaan UMNO/BN kepada rakyat yang menimpa kesusahan maka, kerajaan UMNO berjanji akan siapkan rumah itu sebelum tarikh pembuangan undi.

Projek bermula 13hb Julai 2013 dan dijanjikan siap untuk didiami pada 23hb Julai 2013.
Tinjauan dapati para pekerja bekerja siang malam untuk memastikan projek ini siap sebelum tarikh pembuangan undi.

Itulah untungnya ada PRK... Kalau sikap sebegini dijadikan amalan harian oleh Kerajaan UMNO/BN tanpa menuggu adanya PRK, alangkah baik dan murni sekali.

Jadi persepsi rakyat yang terbentuk dalam minda mereka ialah, tiada langsung keikhlasan kerajaan UMNO dalam membela nasib rakyat.

Pembelaan dilakukan bersebab dan bermusim. ~ RM


* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment