Monday, July 29, 2013

Misteri Kellie's Castle Terungkai

Lawatan saya ke lokasi bangunan lama yang terkenal di Batu Gajah, Istana Kellie atau lebih dikenali sebagai Kellie's Castle - dibina pada tahun 1915 oleh saudagar Scotland, William Kellie Smith membawa kepada teori terbaru tentang bangunan lama ini. 

Menurut pemerhatian kami, yang kelihatan dari jalanraya itu adalah bahagian belakang istana manakala bangunan yang kelihatan itu pula adalah separuh dari pelan bangunan yang asal. Ini bermakna bangunan yang ada itu adalah separuh bahagian istana manakala separuh lagi bahagian yang berbentuk simetri telah lenyap atau rebah ke bumi. Teori kami berdasarkan bentuk architectural ciri-ciri senibina bangunan lama Scotland mirip bangunan Kellie's Castle. Dan mengikut rekabentuk bangunan Scottish, kebiasaannya ia mempunyai beberapa menara berbentuk bulat dan segi empat. Adalah tidak sempurna jika sebuah menara berbentuk bulat manakala sebuah lagi berbentuk segi empat dengan saiz yang berbeza. Ia tidak menepati ciri-ciri simmetrical bangunan rumah agam dan seperti tidak siap sepenuhnya.

Jika anda pergi jauh ke bahagian belakang mengadap ke kawasan hutan, terdapat sebuah pintu gerbang yang telah runtuh menandakan itu sebenarnya laluan masuk di halaman depan, bukan belakang.   

Ini adalah separuh bahagian belakang

Ruang legar interior
  Bahagian bangunan yang telah lenyap kini menjadi laluan pejalan kaki.

Bulatan merah menunjukkan bahagian dinding yang telah runtuh sepatutnya bersambung dengan bahagian bangunan sebelah lagi yang telah lenyap (kilk untuk besarkan)



Bangunan Kellie's Castle juga mempunyai menara segi empat di sebelah kiri dan bulat di sebelah kanan (jika dilihat dari jalanraya). Menara bulat itu adalah tanda bahawa ia menara di sebelah tepi atau sudut bangunan manakala menara berbentuk segi empat itu adalah menara tengah, bukan seperti yang anda fikirkan. Ramai orang menganggap bahawa menara berbentuk segi empat itu sebagai menara paling kiri sekali dan tiada bangunan lagi bersebelahan dengannya. Padahal ia adalah menara tengah dan terdapat separuh lagi bahagian yang serupa dengan bangunan yang masih ada itu bermula dari menara segi empat.

Bangunan yang dicat warna kuning di sebelah dalam dan juga tempat dimana terletak sebuah perigi itu sebenarnya adalah ruang legar interior dan juga ruang makan serta dewan utama. 
Pendapat sebegini tak pernah lagi dikemukakan malah pihak pengurusan Kellie's Castle juga tidak bersetuju dengan teori ini. Jika anda tak percaya, anda boleh lihat gambar-gambar bangunan Scotland di bawah dan bandingkan dengan Kellie's Castle.
Berkenaan teori terowong rahsia yang terletak di bawah tanah, ia memang benar wujud tetapi telah runtuh dan ditimbus tanah maka ia tidak dapat dimasuki. Kemungkinan terowong itu hanya bilik untuk perlindungan, bukan dibuat sebagai laluan bawah tanah.

SUMBER

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment