Tuesday, July 9, 2013

Malaysia Negara Paling Selamat : Guru Penolong Kanan HEM SK Beris Panchor Maut Ditembak.. +Gambar

BACHOK: Seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Panchor, di sini, maut dipercayai ditembak sebaik keluar dari pekarangan sekolah itu, petang tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa menaiki kereta keluar dari kawasan sekolah itu kira-kira jam 2 petang.

Pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian sebaik saja dimaklumkan.

Kini seluruh Bachok ditutup untuk tujuan pemeriksaan pihak polis.

Punca kejadian masih disiasat... Tidak menolak kemungkinan ianya bermotifkan dendam.


MAKLUMAT MANGSA :

NAMA : EN HASHIM B. MAT ZIN
(PK Hal Ehwal Murid)
UMUR : 43 Tahun
SEK. KEB BERIS PANCHOR, BACHOK

Guru Penolong Kanan Sekolah Rendah Kebangsaan Beris Pancor Mati Ditembak
Seorang Guru Penolong Kanan di Sekolah Rendah Kebangsaan Beris Pancor mati ditembak petang tadi ketika baru sahaja keluar dari kawasalan sekolah. Mangsa dikenali sebagai Hashim bin Mat Zain. Siasatan pihak polis mendapati sebanyak 4 das tembakan dilepaskan dan 2 das mengenai mangsa.

Mangsa dikatakan bukan sahaja guru malah ada melakukan pelbagai perniagaan lain lagi seperti balak, shakle, kontrak kantin sekolah dan pelbagai lagi dan dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak.Al-Fatihah kepada mangsa. Semoga ditempatkan bersama golongan yang beriman. Kepada yang bertanggungjawab akan kejadian ini, moga kalian menerima balasan yang setimpal. Bukan di dunia, akhirat nanti ada.

Siasatan Awal Polis.

Pada 08/07/2013 jam l/krg 1340 hrs. Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan. Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu.

Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai telah dijumpai didalam kusyen pemandu. Siasatan awal dapati mangsa selain bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dll. Mengikut maklumat mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II KB untuk bedah siasat yang dijangka akan dijalankan malam ini


Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment