Friday, July 26, 2013

Kejutan Aidilfitri dari Kerajaan Umno-BN.. jom terjah!!


ROS akan batal Pendaftaran DAP?
Soal mendaftarkan sebuah parti baru jika pembatalan DAP dibatalkan tidak pernah dibangkitkan oleh sesiapa dalam DAP, kata Lim Kit Siang.


PETALING JAYA: DAP hari ini mendakwa kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) sedang menyediakan satu kejutan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini berhubung pembatalan pentadbiran parti itu.

Penasihatnya Lim Kit Siang berkata, kenyataan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman yang dilaporkan akhbar The Star hari ini di bawah tajuk “Don’t harbour false hopes” adalah tidak berasas dan tidak benar.

“Soal mendaftarkan sebuah parti baru jika pembatalan DAP dibatalkan tidak pernah dibangkitkan atau dilayan oleh sesiapa dalam DAP, sama ada di peringkat pimpinan mahu pun ahli biasa.

“Ini memandangkan tiada asas yang munasabah untuk membatalkan pendaftaran DAP,” kata beliau dalam blog rasminya.

The Star melaporkan bahawa ahli-ahli DAP telah dimaklumkan agar tidak menaruh harapan untuk menubuh parti baru jika ROS membuat keputusan untuk membatalkan pendaftaran parti itu.

Akhbar itu memetik kenyataan Abdul Rahman yang menyatakan bahawa pihaknya tidak akan melayan permohonan untuk menubuhkan parti baru.

Lim berkata, senario yang ditimbulkan berkenaan cadangan daripada beberapa pemimpin dan ahli DAP yang bersedia untuk menubuhkan parti baru adalah tidak berasas sama sekali.

“Senario ini sengaja direkacipta oleh golongan propaganda dan tentera siber Umno-BN serta agen-agen mereka untuk memburuk-burukan barisan kepimpinan DAP,” jelas Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Katanya, apabila pembohongan dan penipuan seperti ini diterima sebagai fakta dan kebenaran maka kita menyoal sikap berat sebelah, profesional dan kebebasan yang dimiliki Abdul Rahman sebagai ketua pengarah ROS.

“Timbul keraguan pula sama ada Abdul Rahman juga merupakan sebahagian dari perancangan jahat oleh golongan propaganda, tentera siber serta agen-agen Umno-BN ini,” tegas Lim. - FMT

LKS jangka k'jaan mungkin batal pendaftaran DAP
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau melihat petunjuk bahawa kerajaan sedang bersedia untuk membuat kejutan dengan membatalkan pendaftaran DAP menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, beliau menjangka kerajaan mungkin bertindak demikian berdasarkan kenyataan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman dalam satu laporan The Star hari ini.

Abdul Rahman dalam laporan itu memberi peringatan kepada anggota DAP supaya tidak memasang harapan untuk membentuk parti baru jika jabatan itu bertindak membatalkan pendaftaran parti baru.

Abdul Rahman berkata mereka mungkin tidak akan memenuhi permintaan untuk menubuhkan parti baru.

“Kami malah tidak melayan 29 permohonan untuk menubuhkan parti baru yang dikemukakan sejak lima tahun lalu,” katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu.

Laporan itu menyebut, Abdul Rahman diminta mengulas mengenai usaha anggota DAP untuk membentuk parti parti sekiranya pembatalan parti tersebut tidak dapat dielakkan.

Laporan berkenaan mengaitkan perkara itu dengan isu pemilihan parti jawatan pusat DAP pada Disember lalu.

Mengulas perkara itu, Lim berkata kenyataan tersebutadalah berdasar hujah yang tidak berasas dan sembarangan.

“Laporan The Star itu mengandungi hujah palsu dan tidak berasas yang menunjukkan ketua pengarah ROS bertindak dengan cara yang sangat tidak patut, tidak adil dan tidak profesional,” katanya.

Lim menambah, Abdul Rahman sepatutnya menjalankan tugasnya dengan bebas dan tidak berpihak.

Jelasnya, DAP masih belum menerima sebarang permintaan daripada anggota parti untuk menjalankan pemilihan CEC yang baru.

Isu berkenaan hanya ditimbulkan oleh ejen propaganda Umno dan BN sejak beberapa bulan lalu, katanya lagi.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment