Friday, July 26, 2013

Kan dah kata...nih bukan RASUAH!!

SPR: Wang tanpa syarat undi bukan rasuah
4:21PM Jul 26 2013
Pemberian "duit minyak" kepada pengundi tanpa mengarahkannya memilih mana-mana calon bukan rasuah, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya Tan Sri Aziz Yusof berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Jika wang minyak yang diberi itu tanpa meletakkan apa-apa syarat tetapi hanya meminta pengundi-pengundi itu balik mengundi tanpa mengarahkan kepada calon mana-mana parti, ia tidak dianggap sebagai rasuah," katanya.

Dalam SMS jawapan kepada Malaysiakini, Aziz juga berkata, pihaknya tidak menerima laporan rasmi tentang perkara itu.

Beliau diminta mengulas berhubung dakwaan pembelian undi dalam pilihan raya kecil Kuala Besut apabila bayaran dibuat oleh Ketua Kampung Beris Lampu Yaakob Kadir.

Yaakob bagaimanapun menafikannya sebagai rasuah dan menegaskannya "insentif kepada pengundi luar", diberikan secara terbuka dan kepada semua pengundi, termasuk orang PAS. mk

Berita Berkaitan : Di SINI

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment