Tuesday, July 16, 2013

Ke mana hala Malaysia?

Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk Kinabatangan Bung Mokhtar Radin di Parlimen kelmarin mengakui bahawa pemimpin-pemimpin Umno bahagian menuntut kontrak daripada kerajaan dan mana-mana pemimpin bahagian yang tidak berbuat demikian adalah pengecut. Pengakuan ini merupakan satu lagi kenyataan mengejutkan daripada sekian banyak kenyataan mengejutkan yang telah dikeluarkan oleh menteri, pemimpin, dan penyokong Barisan Nasional sejak enam minggu lalu, iaitu selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei 2013.


Antara kenyataan lain sepertinya yang telah dikeluarkan oleh menteri/pemimpin/penyokong BN sejak enam minggu lalu:

• Datuk Tajuddin Abdul Rahman mencemarkan politik Ramadan malam Ahad lalu dengan menyebarkan pembohongan dan dusta dalam kempen pilihan raya kecil Kuala Besut dengan mendakwa DAP adalah anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-raja Melayu, dan bahawa DAP ingin menghapuskan sistem raja berperlembagaan untuk menubuhkan sebuah republik serta melantik Karpal Singh sebagai Presiden pertama Malaysia;

• Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam wawancara dengan Sin Chew Daily bulan lepas memberi nasihat songsang kepada kaum Cina di Malaysia dengan menyeru mereka agar meninggalkan “perkauman ekstrem” yang dibawa oleh DAP agar “Malaysia suatu hari nanti akan mendapat Perdana Menteri berketurunan Cina.” Shahidan membuat dua kesilapan memandangkan DAP tidak pernah mengajak kaum Cina di Malaysia ke arah “perkauman ekstrem” dan isu Perdana Menteri berketurunan Cina tidak pernah persoalan penting bagi kaum Cina kerana bagi mereka yang lebih penting ialah mendapat Perdana Menteri yang berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia.

• Dongeng “Tentera Kacang Merah” yang ditaja DAP dan dianggotai oleh 3,000 cybertrooper serta mendapat peruntukan sebanyak RM100 juta hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu untuk menyerang peribadi dan memburuk-burukkan para pemimpin UMNO/BN mendominasi ucapan Ahli-ahli Parlimen UMNO/BN dalam perbahasan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Parlimen. Malah seorang Menteri telah mencadangkan supaya Kabinet mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja untuk menyiasat “Tentera Kacang Merah”, padahal RCI sepatutnya ditubuhkan untuk menyiasat sekian banyak pembohongan dan provokasi yang diterbitkan dalam media kawalan UMNO/BN, khususnya Utusan Malaysia. Kebelakangan ini dongeng “Tentera Kacang Merah” digunakan untuk menjustifikasi tuntutan para cybertrooper Umno/BN untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM350 juta bagi memerangi “Tentera Kacang Merah” bagi jangka masa lima tahun lagi.

• Respons apologetik “bukan hanya Malaysia yang berdepan masalah rasuah” daripada Paul Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio integriti dan urus-tadbir baik, apabila tinjauan Global Corruption Barometer 2013 yang dijalankan oleh Transparency International mendapati hanya 31 peratus responden merasakan kerajaan Malaysia telah memerangi rasuah dengan berkesan, merosot daripada 49 peratus di tahun 2011.

• Kenyataan-kenyataan perkauman yang berulang kali dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sehingga melebarkan jurang perkauman, antaranya apabila beliau berdusta dengan menuduh DAP menolak konsep “kongsi” Melayu/Cina/India dan mendakwa kaum Cina mahu menghapuskan kuasa politik Melayu.

• Ucapan perkauman dan menghasut oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah yang mengingatkan kaum Cina di Malaysia agar bersedia menerima tindak balas daripada masyarakat Melayu atas “pengkhianatan” mereka dalam PRU-13.

• Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sewaktu baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri, apabila beliau menyuruh pihak yang mengkritik pilihan raya umum ke-13 agar meninggalkan negara ini jika mereka tidak suka dengan sistem pilihan raya yang ada.

Jika tidak disangkal, semua kenyataan ini mampu mengheret negara ini ke masa depan Malaysia yang mundur, berpecah-belah dan sengsara – sama sekali bertentangan dengan aspirasi 1Malaysia, “Global Movement of Moderates” dan “perdamaian kebangsaan”.


Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment