Tuesday, July 16, 2013

AES: Syarikat dapat RM13.55j, kerajaan RM3.4j

KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM20,020,500 kompaun hasil Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bermula 11 Jun 2013 hingga 23 September 2012 dengan kutipan lebih kurang 10 peratus.

Menurut jawapan bertulis Menteri Pengangkutan kepada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him di Dewan Rakyat hari ini, dalam tempoh yang sama sebanyak 673,339 saman kesalahan AES dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Berdasarkan Formula Tiga Langkah dalam Perjanjian Konsesi, agihan kutipan saman sehingga 15 Mei 2013 adalah sebanyak RM13,550,758 diberikan kepada syarikat manakala RM3,429,910 kepada kerajaan.

Sebanyak 14 kamera AES telah beroperasi di lokasi-lokasi berikut:

1. KM 375.9, Lebuhraya PLUS-Slim River (Arah ke Utara)
2. KM 7, Jalan Maharajalela, Teluk Intan (Aran ke Bagan Datoh)
3. KM 91, Jalan Ipoh-Butterworth (Arah ke Selatan)
4. KM 26, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Persimpangan Kg. Kerdah)
5. KM 85.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
6. KM 204.6, Lebuhraya PLUS-Taiping (Arah ke Utara)
7. Jalan Pasir Putih, Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)
8. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu)
9. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian Sentul)
10. KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)
11. KM 301.6 Lebuhraya PLUS -Kajang (Arah ke Utara)
12. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)
13. Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)
14. KM D7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)

Lebih 600,000 saman AES setakat Jun
KUALA LUMPUR - Sebanyak 673,339 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setakat 11 Jun lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah bayaran kompaun pula sebanyak RM20 juta sejak ia dikuatkuasakan September 2012.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him (DAP) yang diedarkan kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Hishammuddin berkata setakat ini sebanyak 14 kamera AES beroperasi di lokasi yang ditetapkan di seluruh negara kecuali di Melaka yang masih dalam proses mengenal pasti lokasi pemasangan yang sesuai.

AES ialah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan, selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan, ia sebagai kaedah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. - Bernama

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment