Wednesday, July 17, 2013

Inilah untungnya bila ada pilihanraya kecil.

PRK Kuala Besut: Pesta tabur projek
KUALA BESUT: Nampaknya hari raya belum tiba, tetapi para penduduk Kuala Besut sudah berhari raya.

Mereka gembira mendengar durian runtuh yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Inilah untungnya bila ada pilihanraya kecil. BN akan tabur pelbagai projek untuk memancing undi.
Semalam dalam sidang media, Muhyiddin yang juga Pengarah PRK BN mengumumkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersetuju dengan projek berjumlah RM250 juta untuk mendalamkan Sungai Besut.

Menurutnya lagi, sebanyak RM500 ribu diperuntukkan untuk melantik perunding bagi membuat kajian projek tersebut, memandangkan sebelum ini dilaksanakan secara ad hoc yang menelan belanja antara RM10 hingga RM20 juta.

Selain dari itu, beliau turut mengumumkan peruntukan menaik taraf Masjid Haji Ishak, Kampung Dengir sebanyak RM343,000 selepas solat tewarih di masjid tersebut malam tadi manakala di sebelah siang beliau menghadiri majlis pecah tanah pembinaan Sekolah Menengah Alor Peroi.

Muhyiddin menolak dakwaan pembangkang bahawa semua projek yang diumumkan adalah bermotif politik. Katanya, ia sudah lama dirancang dan bukannya projek ad hock. Katanya lagi, kebetulan ia diumumkan pada musim pilihanraya kecil.

Sabtu lalu kerajaan negeri Terengganu mengumumkan peruntukan bernilai lebih RM10 juta untuk membina pangsapuri empat tingkat merangkumi 72 unit di Kampung Lay Out.

PAS mendakwa tapak tanah untuk buat pangsapuri empat tingkat itu dirampas dari tanah orang kampung tanpa dibayar pampasan.

Sebaliknya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menafikan ia tanah milik orang kampung.
Katanya, tanah itu adalah tanah milik kerajaan.
“Pada zaman PAS memerintah Terengganu (1999-2004), Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) memberi borang kepada orang ramai untuk dapatkan tanah lot tapi borang itu tidak pernah sampai ke Pejabat Tanah. Jadi bila BN menang pada tahun 2004, kerajaan batalkan permohonan itu kerana ia tidak ikut prosedur,” jelas beliau.

Tanah kurnia
PAS juga mendakwa wakil rakyat BN turut mendapat satu hektar tanah sedangkan rakyat nak dapat satu lot tanah pun susah.

ADUN Hulu Besut, Nawi didakwa memiliki tanah PT6904 dalam kawasan Bukit Dendong, mukim Tembila, Besut. Tiga lagi menghadapi dakwaan sama: bekas ahli parlimen Besut, Datuk Abdullah Mohd Zin (PT6964), ADUN Jerteh, Mohamad Pehimi Yusof (PT6903) dan ahli parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh (PT6902).

Nawi mengakui memiliki tanah itu tetapi beliau berkata rakyat pun dapat juga tanah kurnia manakala tiga wakil rakyat lagi membisu.

Dua hari lepas. PAS menyerang secara langsung kegagalan calon BN ketika bertugas sebagai Jurutera Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Daerah Besut dari tahun 2008 – 2013.

Kegagalan paling besar beliau selaku Jurutera JPS adalah membaik pulih Empangan Lowvier Kampung Nangka yang menyebabkan 1,000 ekar sawah padi kering kontang dan tidak boleh digunakan sejak dua tahun lalu.

Akibatnya 400 keluarga petani atau kira-kira 2,000 penduduk hilang mata pencarian dan tidak boleh menanam padi sejak tiga musim lalu.

“Saya meletakkan kesalahan ini di atas bahu Tengku Zaihan selaku pegawai yang bertanggungjawab,” kata Datuk Abu Bakar Chik yang pernah menjadi Exco Pertanian (1999-2004).

Sehingga ini Tengku Zaihan belum menjawab tuduhan PAS itu.

Ramai yang beranggapan, jika PAS menang dalam pilihan raya ini, faktor utamanya adalah calonnya iaitu Che Long berbanding dengan calon BN yang hanya sekolah rendah di Besut, manakala sekolah menengah dan universiti di luar Besut. Beliau juga kini tinggal di Putrajaya dan hanya berharap kepada bapanya seorang bekas guru agama Felda. FMT

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment