Wednesday, July 17, 2013

GempaQ!! Tiba2 UMNO benarkan TAZKIRAH!!!!

"Usai solat, Muhyiddin dan jemaah mendengar tazkirah oleh Fathul Bari yang menyentuh mengenai pembaharuan yang perlu dilakukan untuk memperoleh kehidupan lebih baik di dunia dan akhirat."

TPM tarawih di Kuala Besut, umum bantuan RM343,000
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi menunaikan solat Isyak dan bertarawih bersama penduduk setempat di Masjid Hj Ishak, Kampung Dengir di Kuala Besut.

Solat tarawih itu diimamkan oleh Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya dan disertai kira-kira 200 jemaah.

Turut serta Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ketua Umno Besut, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Usai solat, Muhyiddin dan jemaah mendengar tazkirah oleh Fathul Bari yang menyentuh mengenai pembaharuan yang perlu dilakukan untuk memperoleh kehidupan lebih baik di dunia dan akhirat.

Timbalan Perdana Menteri yang diminta menyampaikan ucapan ringkas kemudian, mengambil kesempatan mengingatkan jemaah agar mengambil iktibar daripada kejadian yang melanda umat Islam di Mesir dan Syria dengan memperkukuhkan perpaduan bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku di negara ini.

"Peristiwa itu satu iktibar bagi rakyat Malaysia untuk merasa begitu bersyukur kerana berada dalam keadaan aman dan selesa di Malaysia.

"Sebab itu yang penting bagi kita ialah bagaimana untuk memupuk semangat persefahaman di kalangan umat Islam, walau tidak seteruk di negara luar, tetapi kita bimbang disebabkan perbezaan politik telah menggugat semangat ukhuwah yang terjalin sekian lama," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta masyarakat tidak menjadikan perbezaan politik sebagai halangan untuk bersama-sama memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih cemerlang, sekali gus mengundang rasa gentar pihak tertentu yang semakin berani mencabar kesucian agama Islam termasuk memperolok kemuliaan Ramadan.

Pada majlis itu beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM343,000 bagi menaik taraf masjid berkenaan.

Muhyiddin dan rombongan kemudiannya meluangkan masa bersalaman dan berbual dengan jemaah serta menikmati jamuan ringan yang disediakan sebelum meninggalkan masjid.

Terdahulu, Muhyiddin menyertai majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan mengimamkan solat Maghrib di Masjid Teluk Bayu di Kuala Besut. -  Bernama

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment