Tuesday, July 16, 2013

GempaQ!! Perak "CIPTA Kereta ‘terbang’ +Gambar

Kereta ‘terbang’ masuk kebun
KUALA KURAU - Jemaah yang ingin menunaikan solat terawih gempar apabila menyaksikan sebuah kereta ‘terbang’ sebelum merempuh kebun pisang terletak berhadapan Masjid Batu Tujuh, di sini, malam kelmarin.
Kereta ‘terbang’ masuk kebun
Keadaan kereta yang terbang melintasi parit selebar hampir dua meter di hadapan Masjid Batu 7, Kuala Kurau, semalam.

Saksi kejadian, Osman Mat Yeop, 26, berkata, dalam kejadian jam 9.15 malam, dia sedang mengambil wuduk untuk menyertai solat terawih sebelum terdengar bunyi geseran tayar kenderaan yang terbabas di hadapan masjid.

Menurutnya, dia segera meninjau keadaan hadapan masjid dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna hijau ‘terbang’ melintasi sebuah longkang konkrit, sebelum terbabas di dalam kebun pisang itu.

“Apabila melihat sahaja kejadian itu, saya terus bergegas ke lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan.

“Mujur pemandu kereta itu hanya mengalami kecederaan ringan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Parit Buntar dengan bantuan orang ramai serta beberapa jemaah,” katanya sewaktu ditemui media di lokasi kejadian, malam kelmarin.

Osman berkata, sebelum dikejarkan ke hospital, pemandu lelaki berusia lingkungan 30-an sempat memaklumkan punca kenderaannya terbebas kerana cuba mengelakkan dari melanggar seekor binatang yang tidak dikenal pasti.

Jelasnya, sebelum ini terdapat beberapa kemalangan berlaku di lokasi sama dan berpunca daripada keadaan jalan raya yang gelap.

“Beberapa bulan lalu, beberapa kemalangan kecil berlaku di sini dan ada juga kereta yang terhumban ke dalam longkang konkrit yang baru siap dibina.

“Saya berharap supaya pihak berkenaan dapat menambah bilangan lampu jalan di sekitar kawasan ini dan keadaan itu mungkin akan bertambah buruk jika tiada tindakan drastik diambil,” katanya. SH

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment