Tuesday, July 16, 2013

GempaQ!! Bung Mokhtar SAHKAN memang wujud kegiatan ketua umno meminta projek.

Tak minta projek dayus
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin hari ini secara berseloroh berkata, mana-mana ahli PKR yang tidak meminta sebarang projek merupakan seorang yang "dayus".

Beliau yang bangun semasa Azmin Ali (PKR-Gombak) membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat tadi juga memberitahu bahawa di dalam Umno kini tiada lagi "kegiatan" memberi kontrak kepada ketua Umno bahagian.

Azmin dalam perbahasannya mendakwa bahawa, isu projek Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) bukan peruntukkan tambahan tetapi projek "mi segera" yang diberi oleh perdana menteri tanpa tender terbuka kepada ketua Umno bahagian menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Saya rasa Yang Berhormat sudah lama tinggalkan Umno sebab itu tak tahu perkembangan, kita pun marah dengan pimpinan sebab kita minta (projek) tak dapat. Semua pun tender terbuka. Menampakkan ketelusan kerajaan menjurus kepada tender terbuka. Gombak tak tahu perubahan yang berlaku," kata Bung.

Selepas itu, Azmin yang menyambung perbahasannya berterima kasih kepada Bung kerana mengesahkan bahawa memang wujud kegiatan ketua umno meminta projek.

"Terima kasih Kinabatangan (Bung) kerana bantu saya sahkan ketua umno bahagian memang minta kontrak," kata Azmin.

Bung yang secara spontan juga terus bangun dan berkata: "Dalam PKR pun minta juga. Tak ada tak minta. Kalau tak minta itu dayus nama dia.

"Wakil rakyat Perak dapat tanah di Kelantan, dapat juga. Sama sajalah," kata Bung yang disambut dengan ketawa oleh ahli parlimen di Dewan Rakyat. mk

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment